Antarabangsa

Jom Kenali Islam Di Mauritius

Bercakap tentang Mauritius, iaitu sbeuah kepulauan di Afrika, semestinya mengingatkan kita kepada Mark Twain, yang menulis: –

Sebelum syurga dicipta, Mauritius telah dicipta terlebih dahulu.

Ini menggambarkan betapa Mauritius merupakan sebuah negara kepulauan yang sangat cantik, mendamaikan serta indah bak syurga.

Namun tahukah anda, di sebaliknya, ada komuniti Islam di sana?

Mauritius memang negara yang sangat indah

ISLAM DI MAURITIUS

Muslim terdiri dari sekitar 17% daripada keseluruhan populasi di Mauritius, yang berjumlah 1.3 juta penduduk.

Rata-rata warga Muslim di sini bersusur-galur daripada etnik Muslim dari India. Mereka dibawa oleh British ke Mauritius pada sekitar kurun ke-18, dan dikerah sebagai buruh kasar bagi mengoperasikan perniagaan dan perusahaan milik British di kepulauan ini.

Sebagai penganut agama minoriti, populasi Muslim turut diapit oleh penganut agama lain di Mauritius, termasuklah Kristian serta Hindu.

Sekalipun demikian, Islam menerima layanan yang baik, bahkan diiktiraf oleh Parlimen sebagai sebahagian agama yang bebas diamalkan. Untuk itu, kerajaan turut memberikan subsidi kepada program-program Islam di kepulauan ini.

Kebanyakan Muslim di Mauritius mengamalkan ajaran Islam aliran Sunni, namun sebahagian kecil turut berfahaman shiah.

KEHIDUPAN SEHARIAN MUSLIM DENGAN YANG LAIN

Bercakap tentang Mauritius, kepulauan itu tidak terlepas dari pengaruh globalisasi. Ini secara tidak lansung mengubah Mauritius menjadi kepuluan multi-etnik sehingga sebahagian melihat ianya sebagai agenda penghapusan jatidiri.

Di Mauritius, makanan ruji mereka adalah pelbagai dan tidak mempunyai satu unsur yang dominan. Namun, di bandar-bandar besar, warga Cina biasanya menguasai ekonomi dengan membuka restoran-restoran.

China town yang banyak dibuka di Mauritius

Namun, pengaruh warga Cina diseimbangkan oleh India, melalui ciri-ciri makanan mereka seperti samosa, roti canai, kari dan makanan berempah.

Warga India di Mauritius menyediakan kuih kacang dal

Walaupun demikian, secara keseluruhan, warga Mauritius menjadikan nasi sebagai makana ruji mereka dan dilihat sebagai simbol yang menyatukan warga berbilang kaum di sana.

Terdapat pelbagai hidangan berasaskan nasi di Mauritius, namun yang paling popular ialah Riz Frit, yang mirip nasi goreng di Malaysia.

Riz Frit, atau nasi goreng Mauritius yang cukup popular dalam kalangan warga multi-etnik di sana

Resipi Nasi Goreng Mauritius: –

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker