Gaya HidupTempatan

7 Aktiviti Menarik Untuk Sesiapa Yang Beraya Di KL

Mungkin anda ingin mengelak daripada kesesakan lalu lentas, jadi anda sekeluarga bercadang untuk pulang ke kampung halaman pada hari kedua atau ketiga Hari Raya. Ataupun mungkin kampung anda berada di KL sahaja. Jadi apakah aktiviti menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga tersayang? Di sini kami senaraikan 7 aktiviti menarik untuk anda.

  1. AirRider

Tempat: Pusat Beli Belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor

Laman web: www.airrider.my

Jam operasi: 10 pg – 10 mlm (Ahad-Khamis); 10 pg – 10.30 mlm (Jumaat – Sabtu)

Ingin berasa seperti anda sedang terjun daripada kapal terbang? AirRider menawarkan pengalaman yang sama tanpa perlu merisaukan tentang keselamatan anda. Pada ketinggian 4,000 meter, anda boleh merasakan keseronokan aktiviti lasak ini dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Tiada pengalaman diperlukan untuk aktiviti ini menjadikannya sesuai untuk aktiviti sekeluarga, baik yang muda ataupun tua. Untuk 50 saat anda dapat berasa seperti anda sedang berterbangan di langit.

  1. FlowRider

Tempat: Pusat Beli Belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor

Laman web: www.flowrider1utama.com.my

Jam operasi: 10 pg – 10 mlm (Ahad-Khamis); 10 pg – 10.30 mlm (Jumaat – Sabtu)

Pada kelajuan 32km hingga 48km sejam, aktiviti ini pasti menyeronokkan bagi mereka yang minat bermain air. “Flowboarding” pertama di Malaysia ini menggabungkan aktiviti sukan papan seperti wake-boarding, surfing dan juga snow-baording. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba aktiviti menarik ini, anda boleh mencubanya di 1Utama.

  1. Taman Tema Berjaya Times Square

Tempat: Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Jam operasi: 10 pg – 10 mlm

Terletak di tingkat lima dan tujuh Berjaya Times Square, taman tema tertutup ini merupakan yang terbesar di Malaysia. Terdapat lebih daripada lima tunggangan menyeronokkan untuk melonjak adrenalin pengunjung. Bagi kanak-kanak pula, mereka boleh menikmati lapan tunggangan yang selamat dan sesuai untuk mereka.

  1. Aquaria KLCC

Tempat: KLCC

Jam operasi: 10 pg – 8 mlm

Terdapat lebih daripada 150 spesis haiwan laut dalam aquarium ini. Di sini anda boleh mempelajari tentang fauna laut yang dapat dijumpai di Malaysia dan kawasan serantau. Selain itu, anda juga boleh menonton beberapa persembahan memberi makanan yang dijalankan sepanjang hari. Salah satu tarikan menarik di sini adalah terowong sepanjang 90m di mana pengunjung dapat melihat pelbagai haiwan laut.

  1. The Rift, KL

Tempat: Mid Valley Megamall

Jam operasi: 10 pg – 10 mlm

Pusat hiburan AR/VR ini menawarkan pelabagi permainan pengembaraan realiti maya (VR) dan berperantara (AR). Antara tarikan permainan digital termasuk Zero Latency, HADO, HoloWall, Terminator X Laser Battle dan Race Room. Pusat ini terbuka kepada semua pengunjung bermula daripada umur 7 tahun. Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, mereka boleh bermain di Rift Junior.

  1. District 21, Putrajaya

Tempat: IOI Putrajaya

Jam operasi: 12 tgh hari – 8 mlm

Taman permaian seluas 6,500 meter persegi ini adalah sangat unik dan sesuai untuk sesiapa yang minat aktiviti lasak. Terdapat 10 tarikan menghiburkan untuk pengunjung menghabiskan tenaga memanjat dan melompat.

  1. Sunway Pyramid Ice

Tempat: Sunway Pyramid

Jam operasi: 9 pg – 8 mlm

Merupakan antara gelanggang ais skating terbesar di KL, Sunway Pyramid Ice menawarkan aktiviti yang menyeronokan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker