Isu SemasaTempatan

Cinta Terhadap Makanan Pupuk Minat Belia Ini Mengajar Kelas Memasak

Apabila kita berfikir tentang legenda tukang masak, pasti tukang masak terkenal seperti Gordon Ramsay, Jamie Olivie atau Marco Pierre White terlintas dalam minda. Tetapi untuk tukang masak muda Mohamad Firman Bin Ghazali, tiada masakan lain yang lebih baik daripada masakan seorang ibu.

Anak kelahiran Subang Jaya, Selangor ini berkata ibunya banyak memberi pengaruh dan inspirasi kepadanya, terutamanya apabila ia melibatkan makanan.

Firman, 20, telah mendapat Diplome de Commis Cuisiner daripada Le Cordon Bleu Institute of Culinary Art di Sunway University.

Hasil kerja kerasnya di situ telah membawa kepada pekerjaannya sekarang iaitu sebagai pengajar di ABC Cooking Studio yang merupakan salah satu sekolah memasak Jepun terkemuka sejak 1985.

Sebelum dia melangkah masuk dalam dunia masakan, Firman mengakui bahawa dia tidak pernah mempunyai minat memasak.

“Apa yang menyedihkan adalah saya tidak pernah menolong di dapur atau masak apa-apa masakan sehingga saya mula kelas kursus masakan.”

Bagi Firman, apa yang menarik tentang mengajar kelas memasak adalah ganjaran yang diperoleh apabila melihat pelajar menikmati kelas tersebut dan mengakhiri kelas dengan senyuman lebar.

Tambahnya lagi, pekerjaannya memberi peluang untuk dirinya mempelajari perkara baharu dan cara berurusan dengan pelbagai personaliti manusia.

Nasihatnya kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang ini adalah untuk banyak bersabar dan bijak mengawal emosi. Selain itu, ia penting untuk mempunyai matlamat kehidupan untuk menjadi versi terbaik diri sendiri.

Bagi perancangan masa hadapan, Firman berharap untuk melancarkan jenamanya sendiri.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker