Makanan adalah simbol keunikan Malaysia dan situasi ini jelas terbukti apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri. Juadah raya merupakan elemen terpenting ketika menyambut Syawal. Menariknya, juadah yang dijamu kepada tetamu di pagi Syawal adalah berbeza dengan hari-hari biasa.
Antara lima juadah paling popular dan ‘wajib ada’ untuk dihidangkan kepada tetamu di Aidilfitri ialah:
1. Ketupat
Tidak kira ketupat segera atau dianyam sendiri, ia adalah simbolik kepada perayaan Aidilfitiri. Tidak lengkap sekiranya tiada ketupat di pagi raya. Terdapat beberapa jenis ketupat seperti ketupat nasi (berbentuk empat segi), ketupat palas (berbentuk tiga segi) dan ketupat dakap (yang menggunakan daun pisang).
Ketupat nasi dimasak menggunakan beras biasa atau beras wangi bagi membangkitkan aroma yang harum. Beras yang dibasuh bersih diisi padat di dalam anyaman daun kelapa dan direbus. Ketupat palas pula dibuat menggunakan beras pulut yang diisi di dalam anyaman daun palas dan distim.
2. Rendang
Pelbagai variasi rendang yang akan muncul di pagi 1 Syawal. Selera juga berbeza-beza bergantung kepada citarasa sendiri. Selalunya, rendang daging antara yang paling popular di setiap rumah. Rendang lain seperti ayam, paru, perut atau kerang ada juga dihidangkan.
3. Lemang
Membakar lemang merupakan mampu mengeratkan silaturahim kerana setiap orang akan teruja setiap kali menjalankan aktiviti ini. Lemak adalah hidangan tradisional yang sangat enak kerana rasanya yang lemak dan enak. Selalunya yang menjadi rebutan ialah pulut pada bahagian atas yang dipanggil ‘kepala santan’ kerana ia ‘extra lemak’!
4. Nasi Impit dan Kuah Kacang
Nasi impit ialah nasi yg dihimpit atau ditekan di dalam bekas sehingga menjadi ketulan yg besar. Ianya kemudian dipotong menjadi kecil-kecilan
Kuah kacang adalah pelengkap kepada nasi impit. Kuah ini terdiri daripada bahan seperti mentega kacang, santan, kicap, halia, bawang putih, dan rempah. Cara memasaknya juga berbeza, ada yang lebih suka kacang dikisar kasar dan ada juga suka yang lebih halus.
5. Lontong
Ramai yang sukakan ketupat dengan rendang, tetapi jika anda mahukan kelainan, lontong amat sesuai dijamah bersama ketupat. Lontong boleh dikatakan seperti gulai kerana resipinya menggunakan santan. Isi kuahnya meriah dengan kacang panjang, lobak merah, kobis, suhun, tempe dan tauhu. Kuah yang berwarna kekuningan ini dilazatkan lagi dengan sambal atau kuah kacang.