Isu SemasaTempatan

Pulau Pinang Perkenal Aktiviti “Plogging” Untuk Bersihkan Alam Sekitar

Jogging adalah baik untuk kesihatan, manakala mengutip sampah dari jalanan adalah baik untuk alam sekitar. Jadi mengapa tidak menggabungkan kedua-duanya?

Kerajaan Pulau Pinang telah memperkenalkan “plogging” bersempena Hari Alam Sekitar 2018, iaitu satu aktiviti yang menggabungkan jogging dan aktiviti mengutip sampah.

Trend ini bermula dari Sweden dan sejak itu telah mendapat sambutan orang ramai dari seluruh dunia termasuk Eropah, Amerika Syarikat dan juga Mexico.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata “plogging” adalah aktiviti baharu yang boleh dilakukan orang ramai bagi menjalani kehidupan yang lebih mesra alam sambil memupuk semangat kesukarelawanan.

Tambahnya lagi, selain melakukan senaman orang ramai dapat menjalankan tugas sebagai rakyat yang bertanggungjawab dengan mengutip sampah di persekitaran mereka.

Dengan pelancaran program  ‘Plogging Bersama Ketua Menteri’, Chow berharap aktiviti tersebut dapat meningkatkan kesedaran awam dan menghantar mesej kepada masyarakat bahawa usaha untuk memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

Selain membersihkan alam sekitar, Chow berkata Agenda Hijau Pulau Pinang juga berhasrat untuk menangani isu perubahan iklim global dengan membangunkan rangka kerja dan pelan tindakan

Menjelang 2030, kerajaan Pulau Pinang berharap dapat menjadi negeri paling ‘hijau’ dan mesra alam sekitar dengan mempunyai tadbir urus inovatif dan agenda pembangunan mampan.

Dalam pada itu, Chow berkata pada 2050 Pulau Pinang akan menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi, penyayang, inklusif, rendah karbon dan berdaya tahan dengan menekankan integriti rakyat serta persekitaran.

Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker