Antarabangsa

Muslim Di Zimbabwe: Makhluk Asing?

Bercakap tentang Zimbabwe semestinya membawa kita kepada kisah si Presiden popular negara itu bernama Mugabe.

Mengapakah beliau cukup terkenal?

Pertama, kerana beliau merupakan antara Presiden paling tua di muka bumi, memegang tampuk kuasa sewaktu usia mencecah 94 tahun (Mugabe lahir pada tahun 1924).

Kedua, Mugabe juga terkenal dengan sikap lantang terhadap pihak barat, dan di antara kata pujangga beliau tentang mereka, yang sangat popular dan meninggalkan kesan dalam kalbu ialah: –

Satu-satunya orang kulit putih yang kamu boleh percayai, ialah orang kulit putih yang sudah mati!

Mugabe yang terkenal sebagai ikon Zimbabwe

 

MAHKLUK ASING DI ZIMBABWE

Namun, hakikatnya, Mugabe bukan satu-satunya ikon kekentalan warga Zimbabwe.

Ini kerana, bercakap tentang sifat cekal, komuniti kecil Muslim di sana juga turut terkenal, bahkan mereka turut digelar sebagai “makhluk asing” kerana jumlah yang kecil dan tidak signifikan.

Muslim di Zimbabwe

Ini dibuktikan melalui kenyataan Mufti Zimbabwe Sheikh Ishmail Duwa yang dipetik oleh akhbar The Sunday News of Zimbabwe. Ishmail Duwa, sewaktu berucap kepada komuniti Islam di program pra pilihanraya, dipetik berkata: –

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Zimbabwe, kerana membenarkan “makhluk asing” ini (merujuk kepada komuniti Islam di negara itu) untuk keluar mengundi.”

Bagaimanakah sejarah dan realiti “makhluk asing” di Zimbabwe ini?

SEJARAH ISLAM DI ZIMBABWE

Menurut sarjana Ebrahim Moosa dalam “Islam in South Africa”, kehadiran Islam ke Afrika Selatan termasuk negara yang kini bergelar Zimbabwe diyakini bermula sekitar abad ke 15.

Ianya digerakkan oleh komuniti Islam antara yang terawal di Afrika iaitu Kishwahili, dan mereka merupakan pendakwah Islam yang bertanggungjawab menyebarkan syiar Islam ke bahagian selatan benua itu.

Selepas era revolusi industri berlansung pada sekitar tahun 1800-an, semakin ramai Muslim didatangkan ke Afrika termasuk Zimbabwe. Muslim ini dibawa ke sana oleh penjajah seperti British dan Belanda, dan akhirnya mereka turut sama dalam gerakan Islamisasi di Zimbabwe.

ISLAM PADA MASA KINI

Dianggarkan kira-kira hampir 1% atau 100,000 daripada keseluruhan populasi di Zimbabwe yang berjumlah lebih 16 juta, merupakan Muslim.

Sebagai sebuah komuniti yang secara relatifnya besar kerana jumlah yang signifikan, komuniti Muslim di sana hidup secara bersederhana dalam sistem kemasyarakatan yang teratur.

Ini dapat dilihat melalui beberapa sudut, termasuklah: –

MASJID

Sekalipun sedikit, namun jumlah penganut Islam di Zimbabwe itu tidak menghalang pembinaan masjid yang banyak di negara itu.

Hampir setiap bandar besar menempatkan masjid di sana, dan di ibu negara Harare sahaja, terdapat 18 buah masjid besar didirikan.

Masjid terbesar di Harare, iaitu Masjid Medina di Ridgeview, dapat menampung hampir 2,000 jemaah pada satu-satu masa, dan merupakan bukti bahawa sistem Islamisasi di sana adalah efektif.

Antara masjid yang terdapat di Zimbabwe

PUSAT ISLAM

Terdapat banyak pusat Islam didirikan di Zimbabwe, dan ini termasuklah: –

  1. Pusat Belia Islam Zimbabwe
  2. Zimbabwe Islamic Mission
  3. Cawangan African Muslim Society
  4. Majlis Al-Ulama of Zimbabwe
  5. Kokni Muslim Society
  6. Cultural Centre of the Islamic Republic of Iran in Zimbabwe

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker