Antarabangsa

Islam Di Sierra Leone: Antara Ebola Dan Ratu Cantik Amerika

Agama Islam di Sierra Leone mempunyai penganut paling ramai berbanding penganut agama yang lain (Kristian dan lain-lain agama).

Menurut Pew Research Center, hampir 78% daripada keseluruhan 7.4 juta penduduk menganut agama Islam, dan jumlah yang signifikan itu disumbangkan oleh penganut dari beberapa aliran Islam: –

  1. Sunni
  2. Ahmadiyya
  3. Shiah

KOMPOSISI ISLAM

Kini, terdapat 18 kumpulan etnik yang menganut agama Islam, dan antara yang terbesar ialah etnik Temne dan Mende.

Temne merupakan suku etnik utama di bahagian utara Sierra Leone, dan mereka hidup aman dan harmoni dalam mengamalkan ajaran Islam.

Majoriti komuniti Islam yang mengamalkan ajaran Sunni, mereka ini mengikuti aliran Imam Maliki, sementara yang lain pula (bukan Sunni) mengamalkan Islam yang beraliran Shiah dan Ahmadiya.

Bercakap tentang komuniti beraliran Ahmadiya, walaupun mereka ini jumlahnya kecil, namun sebenarnya mereka mempunyai pengaruh yang agak besar di Sierra Leone.

Buktinya, Ahmadiya – walaupun kecil dari segi jumlah – namun mempunyai bilangan institusi Islam paling banyak di seluruh negara, termasuk 186 buah sekolah rendah serta 55 buah sekolah menengah.

Miss Sierra Leone 2013-2014, Ruby B. Johnson yang beragama Islam

MASJID DI SIERRA LEONE

Masjid di Sierra Leone bebas digunapakai oleh mana-mana mazhab dan tidak mengenakan sekatan, selagi si pengguna beragama Islam.

Masjid terbesar adalah Freetown Central Mosque, yang terletak di pusat bandar Freetown.

Menurut laman revolvy.com, Imam Besar masjid tersebut ialah Shiekh Ahmad Tejan Sillah, seorang yang berfahaman shiah.

Namun kerana menitikberatkan unsur keharmonian dan demi menerapkan rasa sayang sesama ummah, perbezaan mazhab tidak menjadi halangan untuk umaah bersatu padu di Sierra Leone.

CABARAN

Sierra Leone merupakan antara kawasan “panas” di benua Afrika Barat.

Selain sentiasa dilanda masalah peperangan, lokasi yang jauh dari Mekkah itu juga mengakibatkan warga Muslim di sana sukar untuk menunaikan ibadah haji.

Memburukkan lagi keadaan ialah apabila Kerajaan Arab Saudi juga – berikutan kes ebola yang dibawa oleh warga Sierra Leone – mengenakan sekatan visa terhadap mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button