Antarabangsa

Islam Di Morocco: Kebudayaan Penuh Indah Dan Enak!

Apabila terdengar sahaja nama negara Morocco, semestinya minda ini ligat memaparkan gambaran daging kambing yang di stew bersama terung dan sayuran, yang dimasak dalam tembikar khas dan identik bernama Tajine.

Ia merupakan kebanggaan warga Morocco, merupakan hidangan yang turut popular di serata dunia.

Tajine, iaitu sejenis makanan yang dimasak dalam tembikar khas Morocco

Negara Afrika Utara yang kaya dengan kepelbagaian budaya itu, merupakan negara dengan komuniti Islam yang besar, dan mereka hidup aman dan makmur.

Jumlah penganut Islam di Morocco mencecah sehingga 99% daripada keseluruhan populasi, dan sebilangan besar menganut mazhab sunni dari Imam Maliki.

SEJARAH ISLAM DI MOROCCO

Islam hadir ke Morocco pada sekitar 680 Masihi, dibawa oleh wakil Tanah Arab bernama Uqba bin Nafi. Beliau merupakan jeneral tentera Khalifah Umayyah, yang pada ketika itu berpusat di Damsyik, Syria.

Abad-abad yang mendatang telah membentuk sistem kenegaraan yang cemerlang di Morocco, dan ini semakin jelas ketara apabila kerajaan Islam Almoravids (1040-1147) berjaya menyatukan Morocco dan sebahagian negar alain di Afrika Barat dengan Sepanyol dan Algeria.

Lakaran yang memaparkan keadaan Morocco sewaktu di bawah pemerintahan Umayyah

BUDAYA ISLAM

Morocco, sebagai sebuah negara Islam, menitikberatkan aspek Islamisasi dalam urusan kenegaraan. Ini dapat dilihat melalui penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi mereka.

Sungguhpun begitu, mereka juga tidak meninggalkan terus budaya asal. Ini dikatakan demikian kerana, hampir sepertiga warga mereka masih menuturkan dialek/bahasa Berber (bahasa tempatan).

Selain itu, sebagai sebuah negara bekas jajahan Perancis, bahasa Perancis turut diajar di sekolah-sekolah, dan bahasa itu turut digunakan dalam urusan perdagangan dan perniagaan.

Bahasa Sepanyol juga turut dituturkan terutama di bahagian Tangier, kerana wilayah itu dahulunya pernah berinteraksi dengan pihak Sepanyol.

Warga Morocco yang cantik dan bergaya urban

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker