Hiburan

Gadis Melayu Peserta Berhijab Pertama Miss Universe NZ

Seorang gadis Melayu berketurunan Malaysia dan Indonesia berusia 20 tahun yang memakai tudung telah memecahkan rekod dengan menjadi finalis Top 20 di Miss Universe New Zealand 2018.

Nurul Shamsul, seorang penulis dan blogger gaya hidup, telah menetap di New Zealand sejak berumur lima tahun, tetapi sentiasa berpegang pada budaya, tradisi dan kepercayaannya.

Di Instagram, Nurul Shamsul berkata dia akan menjadi wanita berhijab pertama yang beraksi di pentas final Miss Universe New Zealand dan seorang yang pertama di dunia untuk mencapai prestasi seperti itu.

Image result for nurul shamsul

Nurul berharap peluang ini akan membolehkannya melangkaui sempadan dan memecahkan stereotaip dalam pertandingan ratu cantik serta menyebarkan cahaya positif kepada agama Islam.

“Saya harap peluang ini akan membantu memecahkan stereotaip, dan saya berharap bersama-sama kita dapat mentakrifkan semula maksud kecantikan itu,” katanya.

Nurul juga berkata bahawa menjadi seorang Muslim adalah menjadi keutamaannya walaupun menyertai pertandingan kecantikan.

“Saya berdoa sekiranya peluang ini baik untuk saya dan agama saya, maka saya mahu Tuhan membiarkannya berlaku, jika tidak, saya mahu Dia menjauhkan saya,” katanya.

Image result for nurul shamsul

Menurut The Star, gadis yang sedang belajar di Universiti Waikato dalam jurusan psikologi itu berdarah campuran nusantara di mana ibunya adalah rakyat Indonesia manakala bapanya adalah rakyat Malaysia.

Nurul bukanlah wanita Islam pertama yang memakai hijab dalam pertandingan Miss Universe.

Sebelum ini, rakyat Somalia-British Muna Jama dan Halima Aden yang berketurunan Somalia-Amerika memecahkan rekod terbabit apabila mereka menyertai Miss Universe Great Britain dan Miss Minnesota USA.

Sejak 2012, pertandingan Miss Universe New Zealand tidak lagi menjadikan pakaian renang sebagai syarat wajib yang menjadi ukuran kecantikan peserta.

Image result for nurul shamsul

Menurut Presiden Miss Universe, Paula Sugart, langkah itu dianggap sebagai perubahan terbesar yang dilakukan dalam pertandingan Miss Universe dalam 20 tahun yang lalu.

Berikutan pendahuluan New Zealand, Miss America pada bulan ini turut membuang pertandingan baju renang juga dengan mengatakan ia tidak akan lagi menghakimi peserta berdasarkan penampilan mereka.

Pertandingan akhir Miss Universe New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker