EventsTeknologi

Pengumuman Terbesar Dunia Gaming di E3 2018

E3 2018 merupakan acara terbesar dalam kalendar dunia permainan video dan kini sedang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat dari 10 Jun hingga 13 Jun.

Acara ini merupakan pentas syarikat pembina permainan video terhebat mengumumkan atau melancarkan produk dan judul terbaru yang membuatkan peminat ‘gaming’ sangat teruja.

Antara syarikat yang sentiasa menjadi perhatian pada setiap sidang E3 termasuklah Microsoft, Sony, EA, Square Enix dan bermacam lagi.

Berikut merupakan khabar again dan spekulasi yang menjadi bualan sebelum acara berlangsung serta beberapa pengumuman setakat hari pertama E3 2018.

APA YANG HEBAT DARI MICROSOFT?

Microsoft telah mengumumkan melalui E3 bahawa mereka dalam rangka mengeluarkan 50 tajuk permainan video baru, 18 darinya merupakan eklusif untuk Xbox One dan komputer Windows 10.

Siri Halo terbaru, Halo Infinite bakal dilancarkan namun tiada sebarang maklumat didedahkan setakat ini.

Permainan penembak pandang pertama (First Person Shooter/FPS) popular, Gears of War 5 juga diumumkan eksklusif untuk Xbox.

  • Microsoft mengumumkan konsol terbaru Xbox sedang dibina
  • Gears of Wars 5 akan dilancarkan pada Xbox One pada 2019
  • Microsoft membeli lima studio/pemaju baru untuk permainan ekslusif Xbox

EA JUGA MENCURI TUMPUAN

Syarikat permainan video popular, EA juga turut memperkenalkan beberapa tajuk permainan ‘panas’ yang bakal dilancarkan.

EA mengumumkan 28 September merupakan tarikh FIFA 19 akan berada di pasaran.

Satu siri Star Wars terbaru; Star Wars: Jedi Fallen Order bakal dilancarkan yang mengambil jalan penceritaan diantara episod 3 dan 4.

Satu mode permainan terbaru yang bakal disertakan di dalam Battlefield 5 nanti merupakan Battle Royale mode, ciri-ciri seperti Fortnite atau PUBG yang semakin diminati sekarang.

Origin Access Premier juga diperkenalkan kepada pengguna untuk mendapatkan beratus permainan video terdahulu dari EA serta akses kepada permainan terkini termasuklah Madden 19, FIFA 19 dan Battlefield 5.

  • FIFA 19 bakal keluar pada 28 September 2018
  • Tarikh pelancaran Anthem adalah 22 Februari 2019
  • Battlefield 5 memperkenalkan mode Battle Royale
  • Madden 19 akan dilancarkan untuk PC
  • Permainan Star Wars terbaru bakal mengikut cerita sekitar episod 3 dan 4
  • Servis terbaru: EA Origin Access Premier

ANTARA YANG MENJADI BUALAN ORANG RAMAI

Setakat hari pertama, Microsoft dan EA telah memberikan beberapa berita terkini mengenai permainan mereka.

Syarikat gergasi, Sony dikhabarkan akan berkongsikan maklumat tentang konsol terbaru PlayStation 5 mereka.

Selain itu, Sony juga akan memfokuskan dalam berita terkini: Death Stranding, Ghost of Tsushima, Spider-Man dan The Last of Us 2.

Super Smash Bros | Nintendo

Nintendo juga bakal mengumumkan beberapa berita terkini permainan terbaru untuk konsol Nintendo Switch termasuklah Smash Bros dan Animal Crossing. Peminat Nintendo juga menantikan maklumat terkini mengenai Metroid Prime 4 dan Pokemon Let’s Go.

Maklumat terbaru mengenai remake Final Fantasy VII bakal didengarkan di pentas E3 oleh Square Enix. Ramai yang ingin tahu status terkini permainan itu selepas diumumkan 3 tahun lalu.

Final Fantasy VII | Square Enix

Pelbagai lagi laporan dan berita terkini mengenai permainan terbaru bakal diumumkan melalui E3 kali ini.

Untuk maklumat terkini dan terus, anda boleh menyaksikannya di Youtube atau twitter E3.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker