Sukan

Bandar Kecil Iraq “Muntahkan” Juara Angkat Berat

Sesetengah bandar di Iraq terkenal dengan hasil pengeluaran minyak serta tekstil, Badra pula terkenal dengan hasil tempatan istimewanya – juara angkat berat.

Di kedai-kedai kopi di sekitar bandar itu, yang terletak 10km daripada sempadan Iraq-Iran, tajuk perbualan harian tidak jauh lari daripada menceritakan tentang kejayaan jaguh angkat berat mereka.

Jika dahulu, “lelaki mengukur keupayaan mereka dengan mengangkat besi, selalunya alatan ganti kereta,” kata jurulatih angkat berat kebangsaan, Khudeir Basha.

Image result for badra weightlifting

“Pada tahun 1974, belia-belia di Badra mengambil keputusan untuk menyertai kejuaraan (angkat berat) Iraq,” sambil mengenangkan dirinya serta rakan-rakan lain.

Mereka akan menuju ke daerah Diwaniya dan “merangkul semua kejuaraan”, sambil memeranjatkan lawan mereka yang tidak pernah dengar mengenai Badra.

Sejak itu, angkat berat sudah menjadi sinonim dengan bandar kecil dengan populasi 15,000 orang, yang terletak lebih kurang 200km daripada kota Baghdad.

Sebuah pusat latihan angkat berat yang dibuka pada 1993 di sekolah tinggi Badra, masih lagi beroperasi.

Ruang-ruang koridornya bergema dengan teriakan pemberi semangat Basha yang turut bersama-sama mengekalkan tubuh badan sihat demi menjadi contoh kepada anak-anak mudah yang datang berlatih di situ.

Atlet angkat berat, Salwan Jassim Abbood yang bertanding di dalam kategori 105kg, baru sahaja kembali daripada Kejuaraan Angkat Berat Asia yang diadakan di Turkmenistan tahun lalu, dengan membawa pulang pingat perak.

“Generasi baru kini mahu meneruskan apa yang Bashatelah lakukan di dalam bidang angkat berat,” kata Abbood.

Image result for badra weightlifting

Seperti langsung tidak memerlukan sebarang tenaga, Abbood mengangkat besi angkat berat tinggi melepasi kepalanya, sedangkan batang besi yang memegang pemberat jelas terbengkok akibat tekanan berat yang sangat tinggi.

Pada tahun 2016, atlet berusia 26 tahun itu menyertai Sukan Olimpik di Brazil. Dan 10 tahun sebelum itu, abangnya Mohammad memenangi pingat perak di dalam sebuah pertandinga di Qatar.

“Terpulang kepada kami dan para jurulatih untuk meneruskannya agar Badra kekal sebagai ‘kilang’ juara angkat berat,’ tambah Abbood lagi, yang bakal mewakili Iraqdi Sukan Asia di Indonesia.

Seorang lagi pemenang pingat, Ahmed Faruq yang berusia 28 tahun berkata beliau “bangga kerana dapat menjadikan bandar kecil sebagai ibu negara angkat berat Iraq,”

“Ramai nama-nama besar yang datang dari sini, dan kami perlu menjaga identiti itu,”

Namun walaupun dengan kejayaan-kejayaan itu, gim itu berada di dalam keadaan daif.

Cat-catnya yang sudah tertanggal dari dinding, kipas usang yang meniup udara suam dan peralatan-peralatan senamannya yang sudah lusuh.

Pihak berkuasa sukan Iraq semakin hilang minat  dengan Badra dan kelab angkat berat mereka, meratap jurulatih Basha.

Sekumpulan pekerja di situ mengambil keputusan untuk menggunakan wang mereka sendiri untuk meneruskan jangka hayat gim itu.

Image result for badra weightlifting

“Setiap tahun, kelab itu menjana 30 juta dinar (RM99,600) dengan menyewakan kedai yang dibeli mereka,” ujar Mohamamd Kazem, bekas atlet yang sudah berusia 55 tahun yang kini menjadi pengurus kelab angkat berat itu.

Walaupun jumlah itu tidaklah banyak, Kazem berkata beliau komited melatih generasi-generasi baru dengan percuma.

Beliau dan beberapa peninjau bakat sering melawat sekolah-sekolah serta kelab-kelab sukan di bandar itu demi mencari bakat baru dan memastikan reputasi Badra dikekalkan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker