Percutian

Jalan-Jalan Brastagi: Keindahan Yang Disulami Kedamaian

Brastagi, yang terletak di utara pulau Sumatera, dijamin menawarkan pengalaman ekspedisi yang penuh variasi, keterujaan dan pengalaman luar biasa.

BATAK KARO

Sekiranya pelancong memilih ke sana dari kota Medan, maka bersedialah untuk sebuah trip yang mengujakan dan merembes adrenalin ke tahap maksima.

Perjalanan dari Medan ke Brastagi hanya boleh menggunakan jalan darat.

Terdapat beberapa mod pengangkutan sekiranya bertolak dari Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan.

  1. Menaiki bas
  2. Menaiki teksi
  3. Menaiki van kecil yang ranggi

Namun, jalan yang akan ditempuh adalah meredah bukit dan gunung tinggi yang berkabus. Ianya bersimpang-siur, ibarat ular gergasi yang melingkari pergunungan hijau penuh misteri kaum Batak Karo.

Andai musim percutian, maka jalan yang bengkang bengkok itu akan dipenuhi kenderaan, dan ianya nyata menguji jiwa penuh cabaran si pengembara.

Brastagi, yang terletak dalam provinsi bernama Karo, sememangnya terkenal sebagai kawasan gunung yang mendamaikan pemandangan. Banjaran gunungnya dikenali sebagai Pergunungan Barisan.

LIBURAN DI BRASTAGI

Seperti yang dinyatakan di bahagian pengenalan, Brastagi dijamin akan menawarkan pengalaman ekspedisi luar biasa kepada pengunjung.

GUNUNG

Antaranya, di sana terdapat kawasan pergunungan yang sangat mendamaikan dan memukau mata yang memandang.

Terdapat dua buah gunung yang sering menjadi sebutan tatkala di sana, iaitu: –

  1. Gunung Sibayak
  2. Gunung Sinabung
  3. Gundaling
  4. Air terjun Sipiso-piso
Air terjun Si piso-piso

PASAR

Silalah ke Pasar Buah Brastagi, yang terletak di tengah pekan kecil Brastagi.

Di sana, nikmatilah produk-produk tempatan Brastagi yang unik.

  1. Jus buah markisa/buah markisa segar: –

Brastagi sememangnya terkenal sebagai pengeluar buah markisa yang segar, manis dan wangi!

2. Kuih muih yang panas dan baru dimasak

Di bahagian pintu masuk pasar, boleh cuba dapatkan bermacam jenis kuih yang enak, dijual oleh peniaga menggunakan motosikal.

3. Buah-buahan dan sayuran yang segar dan berwarna-warni

Brastagi yang sejuk, mempunyai tanah yang sangat subur kerana dilingkari gunung berapi. Ini semestinya membekalkan nutrisi kepada tumbuhan, dan akhirnya menjadikan Brastagi sebagai “syurga” penggemar buah dan sayuran.

4. Ikan yang bercama jenis

Terdapat bermacam jenis ikan dan haiwan yang dijual. Antara yang popular termasuklah belut dan ikan mas.

Pasar buah Brastagi

MAKANAN ENAK

Meskipun dihuni warga Batak Karo yang kebanyakan beragama Kristian dan pagan, namun jangan khuatir tentang bab makan minum yang halal di Brastagi.

Di kawasan pekan utama, terdapat cukup banyak kedai makan halal yang menawarkan hidangan yang bervariasi, terutama hidangan Padang.

Antara yang patut dicuba ialah hidangan soto, nasi campur dan jus apolkat bercoklat yang sungguh menyelerakan!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker