Antarabangsa

Islam Di Nigeria: Ancaman Pihak Luar Yang Anti-Islam

Nigeria merupakan negara yang terletak dalam benua Afrika Barat.

Bercakap tentang keadaan Muslim di sana, jumlah mereka dianggarkan sekitar 50% daripada keseluruhan populasi yang berjumlah 186 juta.

Warga Muslim di sana majoritinya dari kumpulan Sunni beraliran Maliki. Terdapat juga sebilangan kecil penganut Islam beraliran Ahmadiyya, iaitu sebuah fahaman yang berakar umbi dari India.

Selain itu juga, terdapat penganut aliran Shiah, dan mereka mendiami kawasan Kaduna, Kano, Katsina dan Sokoto.

Peta yang menandakan lokasi Nigeria

SEJARAH

Islam tiba ke Nigeria seawal aban ke 900 Masihi. Catatan dalam arkib sejarah menemukan bahawa agama Islam telah diterima oleh ketua/pemimpin/raja puak Borno yang memerintah emapayar Borno satu ketika dahulu.

PERKEMBANGAN ISLAM TERKINI

Semenjak tahun 1970-an, beberapa gerakan pembaharuan Islam telah berlansung di Nigeria, dan ianya termasuklah: –

  1. Izala movement
  2. Maitatsine
  3. Darul Islam
  4. Jama‘atu Ahl as-Sunnah li-Da‘awati wal-Jihad (JASDJ; atau juga dikenali sebagai “Boko Haram”)
Warga Muslim di Nigeria

Pada asalnya, gerakan-gerakan ini ditubuhkan untuk membimbing Muslim Nigeria ke arah kesatupaduan, dan menawarkan model Islam sebenar yang menepati ciri Islam hakiki.

Namun, dilaporkan ada gerakan dari pihak luar yang sengaja menconteng arang ke atas nama Islam, dengan membiayai dan mempengaruhi segelintir warga Muslim Nigeria untuk bertindak dengan ekstrem atas nama agama.

Antaranya termasuklah kumpulan Boko haram.

Kumpulan ini, yang muncul sekitar lewat 2010, mempunyai perkaitan tidak lansung dengan kumpulan-kumpulan bogus yang menggunakan nama Islam, termasuk Al-Qaeda.

Beberapa sumber turut mendedahkan bahawa terdapat penglibatan pihak-pihak luar yang menrencanakan penubuhan kumpulan ini, demi memberikan reputasi dan imej buruk terhadap Islam (Islamophobia).

Boko Haram, kumpulan pengganas di Nigeria, dipercayai didalangi pihak tertentu yang anti-Islam

ORGANISASI ISLAM DI NIGERIA

Di Nigeria, pemimpin dari kalangan umat Islam ialah Sa’adu Abubakar, Sultan Sokoto ke 20. Beliau dianggap sebagai tokoh dan ikon Islam bagi warga Muslim di Nigeria.

Berkenaan masjid dan pusat Islam pula, terdapat beberapa masjid utama di sana, termasuklah: –

  1. Abuja National Mosque, atau turut dikenali sebagai Nigerian National Mosque
  2. Ilorin Central Mosque
  3. Anwar-Ul Islam Movement of Nigeria
  4. Ansar-Ud-Deen Society Central Mosque

 

Abuja National Mosque

KEBUDAYAAN

Meskipun sarat dengan berita yang memaparkan tentang sisi gelap Nigeria seperti keganasan dan konflik, namun hakikatnya negara itu turut diwarnai oleh budaya yang meriah dan berwarna-warni.

Antaranya termasuklah makanan tradisi negara itu, yang penuh dengan aroma dan rasa yang menyelerakan!

  1. Keladi lecek

Di Nigeria, antara makanan ruji mereka termasuklah keladi lecek. Ianya dimakan bersama stew, daging serta lauk-lauk yang lain.

Meskipun ringkas, namun tekstur dan aroma wangi dari keladi semestinya membangkitkan selera.

Keladi lecek

2. Akaraje

Akaraje ini mirip cucur di Malaysia. Ianya biasa dihidangkan sebagai pelengkap makanan ruji, dan dibuat daripada kacang perang yang ditumbuk, dan digaul dengan bawang dan rempah ratus yang wangi.

Akaraje
Show More

Related Articles

Back to top button