Gaya HidupKerjaya

Tidak Mengapa Tidak Cemerlang Di Sekolah Tetapi Sebaliknya Di Tempat Kerja?

Pembelajaran tidak terhenti hanya di sekolah, kolej mahupun universiti tetapi anda akan terus menimba ilmu di tempat kerja. Namun begitu, terdapat perbezaan konsep belajar di universiti dan di tempat kerja.

Belajar Di Universiti VS Belajar Di Tempat Kerja

Di universiti, pelajar membayar untuk belajar dan diperakui tetapi apabila anda melangkah ke alam pekerjaan, anda dibayar untuk menghabiskan sesuatu tugasan secepat yang mungkin.

Oleh itu anda perlu bekerjasama dengan rakan sekerja untuk bantu menyelesaikan sesuatu masalah yang mungkin anda tidak dapat lakukannya sendiri pada masa yang singkat.

Jika syarikat tersebut tidak membenarkan perkara tersebut berlaku, ia bakal membazirkan masa dan produktiviti syarikat.

Namun apabila anda masih belajar, ia adalah sesuatu perkara yang bagus untuk pelajar tersebut mempelajari jalan keluar dengan sendirinya supaya mereka mampu berfikir lebih dari apa yang diajar oleh pensyarah.

Tidak Mengapa Tidak Cemerlang Di Sekolah Tetapi Sebaliknya Di Tempat Kerja?

Apabila masih di alam sekolah, tidak mendapat markah cemerlang adalah sesuatu yang boleh dimaafkan kerana masih terdapat banyak ruang untuk belajar tetapi apabila di alam kerja, ia akan memberi impak yang tidak baik untuk syarikat.

Tidak salah jika anda mengaku bahawa anda tidak beberapa mahir di dalam satu tugasan dan memerlukan bimbingan.

Jikalau anda jujur dan tidak berlagak pandai, kemungkinan untuk majikan dan rakan sekerja anda membantu menyelesaikan tugasan bersama adalah tinggi.

Tips Menyesuaikan Diri Di Tempat Kerja

Jadi mungkin tips untuk menyesuaikan diri di tempat kerja boleh membantu anda menangani masalah pembelajaran di tempat kerja.

  1. Jangan stress kerana anda tidak tahu sesuatu perkara

Ia adalah sesuatu yang normal jika anda belum mahir dalam sesuatu perkara kerana kebanyakan perkara yang dipelajari di universiti adalah secara teori. Namun begitu, tunjukkan anda boleh lakukannya dan mahu belajar.

2. Jangan malu untuk bertanya

Seperti kata pepatah “Malu bertanya, Sesat Di Jalan”. Sama juga di tempat baru, jika tak tahu sesuatu perkara tanyalah dengan baik-baik tetapi jangan tanya terlalu kerap kerana orang lain juga ada kerja masing-masing.

3. Sentiasa fokus dengan tugasan yang diberi

Majikan selalunya tidak suka untuk mengulang arahan. Pastikan anda mempunyai senarai semak (checklist) untuk perkara yang perlu dilakukan.

4. Sentiasa cuba untuk meningkatkan mutu kerja untuk menjadi lebih produktif

Majikan pasti akan gembira apabila pekerjanya telah melakukan langkah yang lebih jauh ke depan sebelum diberitahu. Oleh itu apabila anda sudah lama bekerja di dalam sesebuah organisasi, jangan mudah selesa dan terlena dan berusahalah untuk lebih produktif.

5. Jalinkan hubungan baik dengan rakan sekerja

Seperti sesebuah ikatan keluarga, hubungan baik di dalam syarikat dapat menyuntik semangat untuk datang kerja dan juga melakukan tugasan bersama.

Sumber Imej Terencana: okezonenews

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker