Sekiranya ada satu pohon yang boleh menampung keperluan karbohidrat seisi keluarga, sukun barangkali adalah pohon tersebut.
Dianggap sebagai “sumber makanan unggul pada masa hadapan” (superfood for the future), sebiji buah sukunĀ – atau nama lainnya breadfruit – dengan berat sekitar tiga kilogram, menurut Sarah Griffiths dalam rencana “Is this the new wonder food?”, mampu membekalkan karbohidrat yang lengkap untuk keluarga dengan 5 orang ahli.

POPULARITI
Pokok sukun hidup subur di negara tropika dan Mediterranean.
Selain popular di Asia Tenggara termasuk di Malaysia, sukun juga merupakan tumbuhan ruji penduduk di Hawaii.
Sukun, yang mempunyai rasa yang sangat versatil (lemak, manis dan berkrim), amat sesuai dijadikan sebagai pengganti nasi untuk memenuhi keperluan karbohidrat.
Oleh kerana kadar pertumbuhan yang kerap dengan yield per hectare yang tinggi, buah sukun ternyata merupakan makanan untuk masa depan, dalam keadaan sekiranya berlaku sebarang keadaan yang mencetuskan kekurangan makanan global.
Ini kerana, selain mudah ditanam, pokok sukun juga tahan lasak dan mudah dibiakkan.

RESIPI SUKUN
Sukun boleh disediakan melalui bermacam-macam cara. Berikut dikongsikan beberapa resipi yang menarik untuk dicuba!
RESIPI BEBOLA SUKUN
RESIPI KROKET SUKUN BERDAGING
RESIPI GULAI KARI SUKUN KERALA