Antarabangsa

Islam Di Tanzania: Keajaiban Yang Memukau

Bagi yang seringkali menonton rancangan dokumentari berkisar hidupan liar Afrika, nama Tanzania semestinya tidak asing.

Peta lokasi Tanzania

Terletak di Afrika Timur, Tanzania terkenal dengan kawasan luas yang menempatkan banyak keajaiban. Antaranya termasuklah Taman Negara Serengeti serta Taman Negara Kilimanjaro.

Serengeti merupakan “syurga” buat hidupan liar, dan yang paling popular ialah “lima yang terbesar” (the big five): –

  1. Gajah
  2. Singa
  3. Harimau bintang
  4. Kerbau seladang
  5. Badak sumbu
Panorama memukau di Serengeti, Tanzania

ISLAM DI TANZANIA

Di Tanzania juga, berdiamnya sekelompok komuniti yang cekal mempertahankan nilai dan kepercayaan Islam.

Mereka ini ialah komuniti Muslim di Tanzania, yang mewakili 35% daripada keseluruhan populasi di negara itu (55 juta).

Majoriti mereka mengikuti fahaman Sunni beraliran Imam Shafie, manakala sebahagian kecil yang lain pula mengikuti fahaman Shiah dan Ahmadi.

Menurut Pew Research Center, hampir 2/3 daripada keseluruhan populasi Muslim di Tanzania mengikuti fahaman Sunni, dan jumlah yang signifikan itu – sekalipunn agak besar – namun tidak mewujudkan jurang dalam kalangan komuniti Muslim yang berfahaman berbeza.

Warga Islam di Tanzania

SEJARAH KEHADIRAN ISLAM

Islam hadir ke Tanzania seawal kurun ke 800 Masihi, dan buktinya dapat dilihat pada penemuan tapak masjid di Shanga, Pate Island yang terletak di Tasik Utama Afrika (African Great Lakes).

Kehadiran Islam adalah berkat usaha para pendakwah dan pedagang dari Tanah Arab yang datang berniaga ke Afrika.

Antara jalan perniagaan utama mereka termasuklah Ujiji ke Bagamoyo.

Selain itu juga, kehadiran Islam seawal kurun 800 Masihi turut diperkukuhkan melalui pembentukkan Kesultanan Kilwa, yang merupakan kesultanan Islam tersohor di Afrika, diasaskan oleh Ali ibn al-Hassan Shirazi, seorang putera Parsi dari Shiraz.

MASJID DI TANZANIA

Gaddafi Mosque

Menurut laman (Halatrip.com), terdapat sekiar 15 buah masjid di Tanzania.

Antara masjid paling ulung ialah Masjid Gaddafi yang terletak di Dodoma. Masjid ini, yang boleh menampung lebih 3,000 orang, dibina oleh Muammar Gaddafi, pemimpin Libya yang dihapuskan oleh rakyat dan NATO sewaktu kempen tsunami “Arab Spring” dahulu,

Pelancaran masjid tersebut telah dirasmikan oleh Presiden Jakaya Kikwete pada tahun 2010.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close