AntarabangsaIsu Semasa

Hapuskan Keganasan Sehingga Ke Akar Umbi

Demi membasi keganasan global yang semakin berleluasa, pegawai kanan anti-keganasan China menyeru agar kerjasama di antara pihak berkuasa antarabangsa diperkukuhkan lagi.

Menurut Menteri Keselamatan, Zhao Kezhi, masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memperbaiki dan meningkatkan usaha pengumpulan risikan serta anti-penyusupan untuk membanteras keganasan daripada peringkat akar umbi.

“Ia adalah satu keperluan untuk mengambil langkah menangani punca utama (keganasan) dan menaik taraf kerja-kerja anti-keganasan,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama menghapuskan “pembiakan terorisme.”

Memetik laporan The Associated Press, usaha anti-keganasan China di peringkat global memfokuskan kepada Asia Tengah yang bersempadan dengan kawasan barat daya wilayah bergolak Xinjiang.

Difahamkan, wilayah tersebut mengalami ancaman militan, di mana ratusan nyawa telah terkorban sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beijing telah menguatkuasakan sekatan keselamatan yang ketat di Xinjiang, dengan mengerahkan pasukan tentera serta memasang alat-alat peranti berteknologi tinggi seperti sistem pengenalan wajah untuk mengenal pasti individu-individu yang berpotensi menjadi ancaman.

Sejak tahun lepas, pihak berkuasa negara itu telah menahan ribuan dan mungkin ratusan ribu orang Islam di dalam kem tahanan yang disifatkan telah mencabul hak asasi manusia.

Di kem berkontroversi itu, tahanan-tahanan Muslim telah dihukum dengan cara yang hina dan tidak berperikemanusiaan, termasuk dipukul, dipaksa meminum alkohol, dan memakan daging khinzir.

Difahamkan, kem tersebutĀ bertujuan untuk mengubah pemikiran politik tahanan, menghapuskan kepercayaan mereka terhadap agama Islam, serta membentuk semula identiti mereka.

Walau bagaimanapun, kebimbangan ke atas pencabulan hak asasi manusia dan sistem politk China yang ‘berahsia’ telah mengehadkan kerjasama negara itu dengan negara-negara lain.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close