Bisnes & Ekonomi

Bina Syarikat Pada Umur 28 Tahun Hasil Usaha Dan Kerja Keras

Semuda umur 28 tahun, Christopher Liang telah menjadi pengasas bersama firma pemasaran hartanah Googolplex Holdings Bhd.

Namun begitu Liang tidak mempunyai pengalaman dalam sektor hartanah. Sebelum beliau menceburi bidang baharu ini, beliau kerugian wang disebabkan perniagaan telemarketing yang gagal.

Pengalaman tersebut menyebabkan beliau berasa lebih teruja dan membakar semangatnya untuk membuktikan dirinya mampu berjaya.

Liang menubuhkan syarikat tersebut bersama abangnya dan seorang kawan rapat dari sekolah dan memasuki pasaran hartanah pada tahun 2013.

Beliau menerangkan 2013 adalah tahun yang paling berpatutan kerana pasaran hartanah pada waktu itu semakin lemah.

Yang lebih menarik, tiada siapa di dalam kumpulannya memiliki pengalaman dalam industri hartanah. Liang mempercayai perkara itu telah memberi syarikatnya sesuatu kelebihan.

“Mungkin ia membuatkan kami berbeza. Daripada hari pertama, kami membina syarikat kami mengikut cara kami. Ketika syarikat kami masih kecil, kami lebih memfokuskan kepada latihan dan nilai teras syarikat.

“Nilai teras kami adalah integriti, profesionalisme, dan inovasi,” kata Liang.

Kebanyakan masanya dihabiskan untuk membina modul latihan, membuat latihan jualan, membina budaya dan memperkuatkan sistem sokongan syarikat.

Ujarnya lagi, pengalamannya dari syarikat yang gagal sebelum ini telah banyak mengajarnya bagaimana cara untuk menguruskan sebuah syarikat.

Terkini, Googolplex mempunyai sembilan ofis di Malaysia.

Salah satu kelebihan syarikat tersebut, kata Liang adalah kumpulan jurujual yang kuat. Pada tahun lepas, syarikat tersebut mencapai urus niaga jualan hartanah sebanyak RM1.2 bilion.

Pada masa akan datang Googolplex merancang untuk membuka ofis di Vietnam, Cambodia, Indonesia dan Thailand.

Show More

Related Articles

Back to top button