Gaya HidupKerjaya

5 Sebab Graduan Baru Sukar Mendapat Pekerjaan

Pada era globalisasi ini, sering kali kita mendengar mengenai masalah pengangguran dalam kalangan golongan siswazah.

Kadar pengangguran dalam kalangan belia di Malaysia dicatatkan tertinggi iaitu pada 2015 sebanyak 10.7 peratus. Angka ini jelas menunjukkan, kadar pengangguran belia tiga kali lebih tinggi kadar pengangguran negara iaitu sebanyak 3.1 peratus.

Di sini kami senaraikan lima kesalahan yang sering dilakukan oleh pemohon pertama kerja sehingga membuatkan mereka sukar mendapatkan pekerjaan.

1. Lambat bermula

Melambatkan proses mencari pekerjaan bukanlah langkah yang bijak. Kebanyakan pelajar tidak mula berfikir tentang kerjaya mereka sehingga mereka tamat belajar.

Hal ini perlu dielakkan kerana dalam zaman yang semakin mencabar dengan jumlah pekerjaan yang kurang, graduan seharusnya mula mencari pekerjaan sebelum mereka bergraduat.

2. Kurang kemahiran rangkaian (networking skill)

Menurut kajian, kira-kira 70 peratus pekerjaan ditemui melalui rangkaian. Pelajar yang meluangkan masa untuk mencari kerja juga harus meluangkan masa untuk membina rangkaian yang kukuh dengan orang yang dihormati dan terlibat dalam tenaga kerja, pakar industri dan alumni, dan hanya menghabiskan 30 peratus masa mereka melihat senarai pekerjaan.

3. Tiada pengalaman bekerja

Mempunyai beberapa pengalaman profesional sebelum memasuki tenaga kerja menjadi keperluan bagi kebanyakan majikan.

Seseorang pelajar boleh melengkapkan diri dengan pengalaman melalui pekerjaan sambilan. Lakukan kerja secara dalam talian seperti editor, pengurus media sosial atau membina sebuah laman web untuk perniagaan kecil. Kebanyakan pekerjaan ini mempunyai jadual fleksibel dan manfaat tambahan untuk pelajar.

Sekiranya anda tidak pernah bekerja, gunakan tempoh latihan industri untuk mengumpul seberapa banyak pengalaman yang diperlukan.

4. Tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum

Semua majikan mahu mengupah orang yang memahami cara menguruskan projek, bekerja secara berpasukan dan telah membina kemahiran komunikasi semasa di universiti.

Cuba fikirkan tentang pencapaian terbesar anda sebagai ahli atau pemimpin kumpulan aktiviti kokurikulum dan gunakannya untuk melengkapkan resume bagi menarik minat syarikat majikan.

5. Terlalu pasif dalam temuduga kerja

Apabila anda baru mencari kerja, anda mungkin berfikir bahawa bertanya soalan adalah sesuatu yang janggal. Sebaliknya, ia menjadikan anda kelihatan lebih berminat dengan syarikat itu.

Dengan bertanya soalan, anda bukan sahaja menunjukkan kepentingan sebenar anda dalam syarikat tetapi anda juga mempunyai dialog dengan penemuduga. Ini juga merupakan cara tambahan untuk menunjukkan pengetahuan yang anda perolehi melalui penyelidikan yang dilakukan sebelum proses temuduga.

Sumber: Reader’s Digest

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker