Teknologi

Gajet Apa Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak & Tips Untuk IbuBapa

Hampir setiap kanak-kanak di Malaysia akan menonton rancangan hiburan sama ada di TV, telefon, tablet atau komputer. Dengan semuanya di hujung jari, ia juga memudahkan ibu bapa untuk melakukan tugasan yang perlu diselesaikan di samping menjaga anak.

Sudah tentu ramai ibu bapa tahu hiburan di layar kaca untuk kanak-kanak ini tidak boleh dibiarkan melarat kerana aktiviti fizikal juga amat diperlukan untuk pekembangan kanak-kanak.

Oleh demikian, ibu bapa perlu meletakkan garis panduan untuk anak mereka menggunakan alat-alat hiburan ini.

Tips Menangani Masalah Gajet Kanak-kanak

  1. Pastikan rancangan yang ditonton mampu membentuk kemahiran seperti berkongsi, berkerjasama dan emosi pintar.
  2. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama kanak-kanak untuk meneroka sesuatu bersama
  3. Ibubapa juga harus berdisiplin dalam memberi had menonton kepada anak-anak
  4. Pastikan apa yang ditonton oleh mereka bersesuaian dengan umur
  5. Jika ibubapa telah meghadkan penggunaan telefon pintar ke atas anak, ibu bapa juga harus menunjukkan tauladan dengan mempunyai had penggunaan telefon pintar ke atas diri mereka juga.

Gajet Apa Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak

Jika ibu bapa keliru dengan alat yang sesuai untuk hiburan kanak-kanak, telefon pintar merupakan alat yang paling mudah untuk kanak-kanak menggunakan dan ibu bapa mempunyai kelebihan untuk mengambilnya semula jika disalahgunakan kerana ia adalah milik anda.

Ramai juga yang telah membelikan tablet untuk anak mereka. Kanak-kanak ini sangat cepat belajar dan memang mahir menggunakan teknologi ini terutamanya apabila mereka perlu tekan skrin.

Namun begitu, komputer hanya digalakkan untuk diberikan apabila mereka sudah besar.

Terdapat juga alat pembelajaran kanak-kanak seperti tablet tetapi khas untuk kanak-kanak seperti keluaran LeapFrog dan VTech.

Alat ini jauh lebih murah tetapi permainan dan aplikasi yang perlu dimuat turun adalah sangat tinggi. Sebaliknya untuk membeli iPad atau tablet, alat ini adalah mahal tetapi aplikasinya pula murah.

Sebagai ibubapa, anda sendiri yang tahu apa yang bersesuaian dengan anak anda. Oleh itu, pilihlah ikut kemampuan anda dan usia anak sendiri atau fikir semula kebaikan dan keburukan apabila anak anda memiliki gajet sendiri.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker