Sukan

Ramos: Penglibatan Dalam Kecederaan Liverpool Dibesar-Besarkan

Pemain Real Madrid, Sergio Ramos telah menghentam pengkritik kerana menyalahkan beliau untuk dua insiden ketika kemenangan pasukannya di peringkat akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool dan berkata tuduhan ke atasnya ditokok tambah.

Bintang Liverpool, Mohamed Salah terpaksa dikeluarkan kerana bahunya terkehel selepas pemain dari Mesir itu dan Ramos bergelut sesama sendiri di separuh masa pertama.

Kemudian Ramos berlaga pula dengan penjaga gol Liverpool, Loris Karius apabila beliau ditolak dari belakang oleh Virgil van Dijk.

Salah dikatakan bakal terlepas perlawanan pembukaan menentang Uruguay, dan Karius pula telah mengalami gegaran otak.

Ramos menyatakan kritikan ke atasnya telah dibesar-besarkan dan ia tidak adil.

“Ia sudah diluar kawalan,” kata Ramos.

“Saya tidak mahu berkata apa-apa, tetapi semuanya diperbesarkan.”

Image result for sergio ramos

“(Salah) tarik tangan saya dahulu, dan saya terjatuh. Kemudian apabila tangannya cedera, mereka kata saya mengasari beliau.

“Selepas itu penjaga gol mereka pula mengalami gegaran otak selepas berlaga dengan saya,”

Karius bertanggungjawab ke atas dua jaringan yang menghadiahkan Real gol pertama dan ketiga mereka ketika kekalahan 3-1 itu.

Selain menyalahkan Ramos di atas persembahan memalukan penjaga gol dari Jerman itu, ada penyokong Liverpool yang telah membuat surat rayuan meminta FIFA dan UEFA menghukum pemain pertahanan itu di atas penglibatannya terhadap kecederaan Salah.

Ramos mendakwa menerima ancaman akibat insiden itu, tetapi pemenang Piala Dunia itu menerimanya, menepis kritikan yang dilontar kepadanya dan menjawab dengan sinis mengatakan:

“Sekarang yang tinggal hanya untuk Firmino mengatakan beliau mendapat selesema akibat peluh saya yang terkena badannya.”

Show More

Related Articles

Back to top button