Teknologi

Grab&Go: Kedai Serbaneka Di Dalam Kereta

Grab telah menjalankan inisiatif terbaru dalam perkhidmatan e-hailing mereka apabila bekerjasama dengan syarikat Cargo dengan menawarkan makanan ringan, minuman dan barang-barang kecantikan kepada penumpang melalui perkhidmatan baru bernama Grab&Go.

Selain bertujuan memberi cara alternatif untuk pemandu mendapatkan wang, syarikat itu juga komited dalam memuaskan pelanggan mereka.

Kereta sewa persendirian yang dilengkapi dengan Grab&Go akan menawarkan penumpang dengan sampel percuma dan produk runcit. Sampel produl percuma termasuk serum penjagaan badan Biore UV, face mask Novu dan rangkaian penjagaan rambut Lux Luminique Botanical.

Produk lain yang ditawarkan termasuk minuman tin Milo, Mentos, Oreo dan air mineral Aqua, kata pengasas Cargo, Jeff Cripe dalam e-mel kepada Channel NewsAsia.

Penumpang boleh membuat pembelian melalui menu Grab&Go dalam talian melalui telefon pintar mereka.

Selepas membuat pemilihan, penumpang perlu memasukkan kod lima angka untuk memastikan pembayaran dilakukan kepada pemandu yang betul dan kosnya ditambahkan ke dalam tambang akhir Grab. Pemandu akan menyerahkan produk tersebut kepada penumpang apabila kenderaan tiba di destinasi.

“Di Asia Tenggara, Grab dan Cargo telah mengenal pasti beberapa makanan ringan dan jenama kecantikan yang akan mengejutkan dan menggembirakan penumpang,” kata Encik Cripe mengenai produk yang ditawarkan.

Di samping memberi kemudahan kepada penumpang, pemandu Grab&Go juga akan mendapat pendapatan tambahan. Setiap kali penumpang membuat pembelian atau mengambil sampel secara percuma, pemandu Grab juga akan mendapat faedahnya dengan jangkaan tambahan sebanyak S$75 hingga S$250 sebulan.

Encik Cripe menjelaskan bahawa pemandu Grab&Go memperoleh komisen 20 peratus untuk setiap jualan berbayar dan bonus S$1 pada setiap transaksi dan bakinya adalah milik Grab&Go.

Perkongsian dengan Grab adalah usaha antarabangsa pertama daripada Cargo selepas dilancarkan di AS pada awal bulan ini.

Perkhidmatan ini dilancarkan dengan 1,000 kereta, tetapi Cargo berharap untuk membawa Grab&Go ke Asia Tenggara yang memiliki kira-kira 2 juta pemandu dan rakan kongsi.

Beratus-ratus pemandu GrabCar telah mendaftar untuk menawarkan perkhidmatan Grab&Go dan lebih ramai dijangka akan berminat dalam program tersebut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker