HiburanWayang

Bumblebee Dapat Filem Sendiri

Salah satu watak Transformers popular, Bumblee, akan mempunyai filem spin-off solonya tersendiri – Bumblebee.

Bumblebee | Hasbro & Paramount Pictures

Filem ini bakal ditayangkan Krismas nanti dan diarahkan oleh Travis Knight.

Sebelum ini, Travis Knight merupakan pengarah bagi beberapa filem animasi yang telah menerima anugerah seperti ParaNorman dan Kubo and the Two Strings.

Micheal Bay pula tidak akan mengarah untuk filem kali ini sebaliknya akan bertindak sebagai penerbit.

Antara pelakon yang akan menjayakan filem ini adalah Hailee Stenfield, Jorge Lendeborg Jr., Jason Drucker, Kenneth Choi, Rachel Crow dan pengusti WWE, John Cena.

Jalan cerita filem ini diambil 20 tahun di California sebelum Sam Witwicky memiliki Bumblee di filem pertama. Bumblee merupakan antara pelarian Cybertron terawal dan berlindung di sebuah pekan serta dijaga oleh seorang gadis, Charlie Watson (Hailee Steinfeld).

Bumblebee | Hasbro & Paramount Pictures

Kehadiran Bumblee dikesan sebagai makhluk asing oleh agensi kerajaan iaitu Sector 7; diketuai oleh ejen Burns (John Cena) dan mula memburu Bumblebee dan Charlie.

Berikutan kejadian ini, kedua-dua Bumblee dan Charlie mula mengetahui bahawa lebih ramai pelarian Cybertron yang berada di bumi baik Autobots mahupun Decepticons.

Pada perancangan awal, filem ini dijadualkan akan menjadi sebuah filem reboot. Namun setelah beberapa berbincangan diadakan, Bumblee (The Movie) akan merupakan filem prekuel kepada francais filem Transformers sebelum ini.

Menarik tentang rupa Bumblee, Travis mengambil pendekatan klasik dalam rekaan Bumblee seperti yang biasa dilihat di dalam siri animasi – bermodelkan Volkswagon Beetle.

Beberapa watak lain seperti Starscream juga berkonsepkan sama seperti di dalam animasi.

Trailer pertama filem ini sudah dikeluarkan Paramount Pictures pada malam semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button