Antarabangsa

Islam Di Kenya: Perjalanan Sejarah Yang Panjang

Kenya merupakan negara yang terletak di bahagian timur benua Afrika.

Islam hadir ke bahagian timur Afrika seawal era 700 Masihi, dan menurut penulis Shaheen Ayubi dan Sakina Mohyudin dalam “Muslim in Kenya: An Overview”: –

Agama Islam adalah agama luar yang pertama berjaya membajai jiwa warga Afrika Timur…

Fasa pertama kehadiran islam ke sini ialah pada sekitar 700 Masihi, apabila warga Muslim dari kalangan Syiah yang melarikan diri dari hukuman kerajaan Bani Umayyah, telah melarikan diri dan terdampar ke Afrika Timur…

KOMUNITI KECIL DI TANAH TANDUS

Di Kenya, populasi Islam adalah berjumlah sekitar 4.3 juta daripada keseluruhan 49,125,325 penduduk. Ini menjadikan Islam sebagai agama kedua paling ramai penganut di Kenya selepas Kristian.

Warga Muslim Kenya menunaikan solat berjemaah

Islam di sini terbahagi kepada tiga fahaman, iaitu Sunni, Syiah dan Islamia. Ketiga-tiga pengikut mazhab berbeza ini rata-rata mendiami kawasan pesisir pantai dan kawasan timur laut negara itu.

BADAN KAWALSELIA ISLAM

Di Kenya, agama Islam dikawal oleh sebuah badan bergelar Supreme Council of Kenya Muslims (SUPKEM) yang ditubuhkan pada tahun 1973.

Sebagai badan yang memayungi (umbrella group), SUPKEM meraikan penubuhan organisasi lain berteraskan agama Islam, dan banyak membantu gerakan memperkukuhkan Islam di seluruh Kenya.

PUSAT ISLAM DAN DAKWAH

Terdapat banyak masjid dan pusat Islam yang ditubuhkan di Kenya. Antaranya termasuklah: –

  1. Jamia Mosque, Nairobi (merupakan masjid paling besar di Kenya)
  2. The Mackinon Road Mosque, Kwale County
  3. Burhani Mosque, Mombasa
  4. Azhar Mosque, Mombasa
  5. Dawoodi Bohra Mosque, Mombasa
Jamia Mosque di Nairobi

MAKANAN HALAL

Mendapatkan makanan halal di Kenya bukanlah sesuatu yang sukar. Ini kerana, bertepatan dengan bilangan penganut Islam yang secara relatifnya berjumlah signifikan yakni 4 juta, maka bekalan terhadap makanan halal juga sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Di Kenya masa kini, dilaporkan terdapat lebih 100 syarikat makanan yang halal dan patuh syariah, dan jumlah ini dilihat sentiasa meningkat.

Pengeluaran produk halal ini dipantau oleh Kenya Bureau of Halal Certification (KBHC), sebuah badan bukan kerajaan dan bukan profit yang menjadi badan utama mengawal selia pengeluaran produk patuh shariah serta halal dan bersih.

Sijil halal yang dikeluarkan oleh KBHC
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close