Gaya HidupMakan & Minum

Apa Istimewanya Kuih Kerbau Guling?

Setiap kali bulan Ramadan, pasti ada menu baharu yang menjadi tumpuan dan tular. Pada tahun ini, Kuih Kerbau Guling telah menjadi buah mulut dan ramai yang sanggup beratur panjang untuk mencuba kuih ini di Rantau Panjang, Kelantan.

Selain nama yang unik, kebanyakan pembeli  juga memuji kemanisan kuih Kerbau Guling. Lebih mengejutkan, disebabkan oleh bilangan pembeli yang sangat ramai, penjual terpaksa menggunakan sistem nombor giliran.

Juga dikenali sebagai ‘kuih hitam’ atau ‘koleh hitam’, kuih yang berasal dari negara Thailand ini mempunyai tekstur lembut dan diguling dalam kelapa parut.

Image result for kuih kerbau guling

Untuk penjual ‘kerbau guling’, Wan Suriana Wan Ali, 35, makanan istimewa ini diperkenalkan di Rantau Panjang oleh bapanya 31 tahun lalu. Hari ini, Wan Suriana menjaga warisan bapanya dengan terus menjual makanan tradisi itu.

“Sebenarnya, baru-baru ini orang baru mula memanggilnya ‘kerbau guling’. Sebelum ini kami hanya memanggilnya ‘kuih hitam’.

“Ia menjadi ‘kerbau guling’ kerana digolekkan di dalam kelapa parut. Selain berwarna hitam, ia kelihatan seperti kerbau yang sedang mandi.  Selepas dikongsi di media sosial, netizen mula memanggilnya ‘kerbau guling’,” kata Wan Suriana.

Selepas gerainya ditularkan di media sosial, Wan Suriana berkata terdapat peningkatan jumlah pelanggan, terutama pada bulan Ramadan.

Menurut NST, pada hari-hari biasa, Wan Suriana akan menjual kira-kira 10 dulang ‘kerbau guling’ tetapi pada bulan Ramadan, ia boleh mencapai sehingga 50 dulang sehari.

Katanya, pelanggan yang datang membeli bukan saja penduduk tempatan malah dari Kota Bharu, Machang dan Gua Musang yang sanggup ke gerainya semata-mata untuk mendapatkan Kerbau Guling.

Kadang-kadang dia juga akan menerima pelanggan dari luar negeri hasil daripada kuasa media sosial.

Image result for kuih kerbau guling

RESEPI KERBAU GULING         

Bahan A

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung
  • ⅓ cawan beras pulut
  • 200 ml susu UHT Full Cream Milk
  • ½ cawan santan pekat
  • 1½ liter air
  • 2 biji tempurung kelapa ( bakar, tumbuk dan tapis, guna air hitam sahaja. Atau boleh gantikan dengan 2 sudu kecil Bamboo Charcoal Powder atau 3 uncang kopi segera.)
  • 1 sudu kecil kapur makan
  • ¾ cawan gula pasir

Bahan B

  • ½ kg kelapa parut
  • Garam
  • Beras pulut (digoreng)

Cara Buat Kuih Kerbau Guling

  • Gaul tepung jagung, tepung beras pulut bersama tepung beras hingga sebati.
  • Masukkan air debu tempurung, kapur makan (bancuh dengan ½ cawan air dari sukatan 1½ liter air).
  • Tuang semua bancuhan ke dalam kuali dan masukkan gula.
  • Kacau sehingga pekat.
  • Bila sudah masak, masukkan adunan ke dalam loyang size 8  yang telah digris minyak.
  • Sesudah masak, biarkan sejuk seketika.
  • Apabila sejuk, potong dan gulingkan atas kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
  • Taburkan beras pulut yang telah digoreng. Siap!

 

Show More

Related Articles

Back to top button