Gaya Hidup

4 Fakta Kipas Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Kipas mempunyai satu fungsi utama iaitu membantu pengudaraan sesebuah bilik. Apabila kipas berputar, ia meniup udara panas disekeliling manusia dan menggantikannya dengan udara yang lebih sejuk yang berada di dalam ruang tersebut.

1. Adakah Kipas Siling Lebih Baik?

Kipas siling terlihat seperti pilihan yang baik untuk menyejukkan sesebuah bilik tetapi jika bilik itu mempunyai siling yang rendah ia adalah sangat berbahaya dari segi keselamatan.

Kipas siling dengan bilah panjang

2. Adakah Bilah Kipas Memainkan Peranan Penting?

Ya. Bilah kipas yang pendek tidak dapat menyejukkan ruang bilik yang besar. Oleh itu kipas dengan bilah yang panjang adalah diperlukan.

Kipas siling dengan bilah pendek

3. Kipas Yang Berpusing Kiri Kanan Vs Kipas Tidak Berpusing

Jika kipas anda tidak dapat berpusing, hanya udara di hadapan kipas tersebut akan beredar dan keseluruhan bilik akan menjadi pengap.

4. Kipas Sebenarnya Tidak Boleh Menurunkan Suhu Bilik

Suhu sesebuah bilik hanya boleh diturunkan dengan alat pendingin hawa. Kipas hanya mengedar udara yang terdapat di dalam bilik. Malah kipas boleh menyebabkan sesebuah ruangan panas kerana tenaga yang dikeluarkan.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button