Isu SemasaTempatan

Peningkatan Produktiviti Menyumbang Kepada Kenaikan Gaji Minimum

Berikutan peningkatan kos sara hidup, isu gaji minimum telah menjadi salah satu topik utama yang hangat diperbincangkan oleh masyarakat pelbagai latar belakang pekerjaan.

Tidak dinafikan bahawa kadar gaji minimum yang tinggi memang akan meringankan beban rakyat, khususnya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan perkara ini dapat direalisasikan, dan antara yang paling mustahak adalah produktiviti.

Menurut presiden Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Michael Kang, usaha untuk meningkatkan gaji minimum kepada RM 1,500 sebulan boleh dilaksanakan dengan lancar hanya jika produktiviti turut ditingkatkan.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa kerajaan juga perlu membantu golongan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) mengautomasikan pengeluaran mereka dan menyediakan latihan-latihan bagi memperkasakan kemahiran pekerja.

Memetik laporan The Sun Daily, kadar gaji minimum di Malaysia pada masa kini adalah RM 1,000 di Semenanjung, dan RM 920 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Jelas Kang, langkah meningkatkan gaji minimum semata-mata juga akan menyumbang kepada kenaikan harga barang, dan satu-satunya cara untuk menangani kos pengeluaran yang tinggi adalah dengan memastikan peningkatan produktiviti.

Buat waktu ini, perusahaan tempatan tidak mampu untuk membayar gaji tinggi kepada pekerja-pekerja mereka disebabkan produktiviti yang rendah.

“Sebagai contoh, kerja yang memerlukan 50 orang pekerja mungkin memerlukan hanya 10 orang sahaja dengan adanya automasi, sekali gus membolehkan gaji ditingkatkan hasil daripada peningkatan produktiviti dan kos pengeluaran yang lebih rendah,” katanya.

Namun buat waktu ini, perusahaan tempatan tidak mampu untuk membayar gaji tinggi kepada pekerja-pekerja mereka disebabkan produktiviti yang rendah.

“Kerajaan telah berjanji untuk meningkatkan gaji minimum secara berperingkat (dalam tempoh lima tahun) kepada RM 1,500.

“Ia bukan kenaikan segera, kerana apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah berbincang dengan pihak berkepentingan untuk menyemak dan menetapkan semula peraturan dasar mengenai sumber manusia,” ujar beliau.

Selain daripada meningkatkan kemahiran, produktiviti, dan beralih kepada automasi, Kang turut menegaskan kepentingan untuk membuat pelaburan dari aspek modal insan bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close