Sukan

Pemain Yang Perlu Diberi Perhatian Di Piala Dunia 2018

Timo Werner – Jerman

Timo Werner mungkin hanya berusia 21 tahun, tetapi beliau sudah pun membuktikan dirinya layak dengan membawa pasukan kebangsaan Jerman menjadi juara Piala Konfederasi.

Mungkin itu adalah petunjuk mengenai apa yang kehebatannya, selepas beliau dipanggil mewakili Jerman untuk mempertahankan kejuraan Piala Dunia kali ini.

Image result for timo werner

Werner sekali lagi akan menyasarkan untuk mencabar anugerah But Emas. Dan tiada siapa yang boleh menyalahkannya kerana bercita-cita tinggi, apabila dia mempunyai kebolehan luar biasa seperti itu.

Pasukan Jerman diketahui ramai sebagai pasukan yang sentiasa mengawal perlawanan dan sentiasa membekalkan penyerang mereka dengan peluang-peluang untuk menjaringkan gol.

Werner sudahpun menyumbatkan lima gol di Bundesliga dalam 6 perlawanan musim ini.

Kylian Mbappé – Perancis

Kylian Mbappé telah menawan hati para penyokong bola sepak di seluruh Perancis. Beliau yang disifatkan sensasi bola sepak paling bersinar yang sedang meningkat naik pada ketika ini.

Pemain berusia 18 tahun ini telah menjaringkan 6 gol di dalam perlawanan Liga Juara-Juara musim lepas untuk membawa AS Monaco ke peringkat separuh akhir buat kali pertama sejak 2004.

Image result for Kylian Mbappé strike

Dengan persembahan sedemikian serta dipanggil kem pasukan kebangsaan Perancis, tidak memeranjatkan apabila gergasi liga Perancis, Paris Saint-Germain dengan segera menyambar khidmat beliau dengan yuran perpindahan mencecah €180 juta (RM 837 juta).

Ia sekaligus menjadikan Mbappé pemain kedua termahal di dunia selepas rakan sepasukan, Neymar Jr.

Pasukan Les Bleus diibaratkan sebagai sebuah kilang yang menghasilkan bakat. Tetapi Mbappé mungkin bakat paling menyinar dikalangan bintang-bintang.

Beliau adalah penyerang zaman moden yang bukan sahaja mampu menjaringkan gol, tetapi juga menyelamatkan pasukannya daripada situasi buntu, terima kasih kepada kelincahan dan kebolehannya mengawal bola.

Gabriel Jesus – Brazil

Gabriel Jesus mungkin bukan pemain muda yang paling berbakat di dunia walaupun menunjukkan persembahan luar biasa di peringkat kelab.

Tetapi di peringkat antarabangsa, mustahil untuk memetik pemain muda yang dapat membantu pasukannya di saat-saat getir seperti Gabriel Jesus.

Image result for gabriel jesus

Pemain berusia 20 tahun itu sudahpun menjaringkan 7 gol dan 3 assist di dalam 10 perlawanan untuk Brazil, semuanya di dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Pengaruh yang dimilikinya sangat besar, dan kini beliau dianggap pemain tetap di dalam barisan pemain Tite. Sehinggakan pasukan Brazil kini dilihat sebagai tiga pasukan kegemaran yang bakal menjulang Piala Dunia di Rusia.

Jika mereka berjaya pada tahun ini,  ia akan menjadi kali ke-6 mereka bergelar juara. Tetapi senang untuk bercakap, dan Gabriel Jesus sedar akan cabaran ini.

Bintang Manchester City ini berangan mahu meniru langkah idola nombor satunya, Ronaldo yang pada tahun 2002, menjadi wira di peringkat akhir dengan menymbat gol kemenangan menentang Jerman. Dan jika ada penyerang Brazil yang mempunyai bakat seperti Ronaldo, ia adalah Gabriel.

Tetapi sama ada beliau dapat mengikut jejak idolanya itu, perlu dilihat dengan lebih lagi.

Mohamad Salah – Egypt

Salah adalah antara nama yang baru di dalam senarai seperti ini. Penyerang itu mempunyai musim yang hebat di Liverpool, dengan mencatatkan bilangan gol terbanyak di Liga Perdana Inggeris.

Image result for mo salah

Dianggap sebagai pemain yang menerujakan oleh ramai pihak, Salah menggunakan kepantasannya dan dahagakan gol untuk menjadi pemain yang dicari oleh rakan sepasukan untuk mencapai kemenangan.

Beliau adalah jenis pemain yang jarang dilihat yang mampu menjaringkan gol di setiap perlawanan. Dan jika anda mahukan perlawanan yang mengujakan, anda pasti tidak mahu terlepas daripada menyaksikan pemain ini di Piala Dunia nanti.

David De Gea – Spain

Kita selalu sangat mendengar mengenai penyerang dan pemain sayap – mereka yang menjaringkan gol – sehingga kita lupa tentang pemain pertahanan dan penjaga gol. Tetapi David De Gea adalah seorang penjaga gol yang berhak mendapat tumpuan.

Penjaga gol yang hebat jarang dapat kita lihat, tetapi penjaga gol Manchester United ini adalah pemain terbaik mereka untuk beberapa musim ini.

Image result for de gea

Membuat tangkapan besar di saat-saat genting, beliau adalah seorang penjaga gol yang pasukan Sepanyol boleh harapkan di Piala Dunia nanti.

Sebagai penonton, melihat beliau membuat tangkapan dan tepisan yang hampir mustahil adalah sesuatu yang sama hebatnya seperti melihat jaringan gol mantap.

Jadi jika anda dapat menewaskan De Gea, ia bermakna gol anda adalah cukup hebat – tabik.

Kevin de Bruyne – Belgium

Seorang pemain yang lengkap. Begitulah bagaimana pengurus Manchester City gambarkan pemain tengah beliau.

“Kevin adalah seorang yang bersemangat. Dia bukan seorang yang suka mengawal, dia adalah pemain yang dinamik, muncul dari belakang, penyudah, membuat hantaran lintang, muncul di sana sini, menyerang dan bertahan.”

 

Datang daripada antara pengurus terbaik dunia, ia semestinya satu pujian yang sangat tinggi. Dan meliht kepada persembahan yang ditunjukkan oleh de Bruyne, pujian Guardiola adalah tepat sekali.

Semenjak berpindah ke Manchester City selepas tempoh kurang memberansangkan di Chelsea, Kevin de Bruyne terlibat dengan jaringan gol setiap satu setengah perlawanan.

Image result for kevin de bruyne world cup 2018

Tidak banyak pilihan di dalam barisan serangan City, tetapi de Bruynelah yang menjadi penggerak mereka, seolah-olah seperti sebuah enjin yang tidak berhenti kepada sebuah kereta yang mahal.

Piala Dunia di Rusia adalah yang kedua buatnya. Sebelum ini di Brazil, de Bruyne serta Belgium tidak bersedia. Walaupun begitu, mereka layak ke perlawanan besar pertama mereka dalam 12 tahun, dan de Bruyne baru berusia 21 tahun pada ketika itu.

Beliau menunjukkan bakatnya, membantuk Marouane Fellaini menjaringka gol di perlawanan pertama mereka menentang Algeria, kemudian beliau sendiri menjaringkan gol di pusingan 16 terakhir apabila Belgium membenam AS.

Sejak itu, kedua-dua de Bruyne dan Belgium telah maju ke hadapan. De Bruye kini melangkah ke Piala Dunia sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.

Show More

Related Articles

Back to top button