Isu SemasaTempatan

Lima Universiti Malaysia Tersenarai Dalam Ranking CWUR

Universiti Malaya (UM) mendahului empat institusi pendidikan tinggi Malaysia lain dalam senarai ranking 1,000 universiti teratas di dunia pada tahun 2018/19 yang disusun oleh Centre for University Rankings (CWUR).

UM kini berada pada kedudukan ke-451 dan diikuti oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang berada pada kedudukan ke-566, Universiti Putra Malaysia (UPM) pula  terletak pada kedudukan ke-742, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terletak pada kedudukan ke-826 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat ke-915.

Sejak 2012, CWUR telah menerbit ranking akademik universiti di seluruh dunia dengan menilai kualiti pendidikan, pekerjaan alumni selepas tamat pembelajaran dan penerbitan laporan penyelidikan.

Menurut presiden CWUR, Dr. Nadim Mahassen, “salah satu faktor utama dalam ranking ini adalah aspek penyelidikan dan insititusi pendidikan tinggi di Malaysia, walaupun sedang meningkat dalam senarai ini, bakal mendapati ia semakin sukar untuk bersaing dengan universiti penyelidikan intensif lain pada masa hadapan jika kerajaan tidak meningkatkan perbelanjaan untuk penyelidikan saintifik.”

UM, USM dan UPM telah naik beberapa anak tangga berbanding tahun 2017, manakala UKM dan UTM tersenarai untuk kali pertama tahun ini.

Sebanyak 18,000 universiti telah tersenarai dalam ranking tahun ini dan 1,000 universiti teratas diwakili oleh 61 negara dan telah diterbitkan di laman web CWUR http://cwur.org/2018-19.php

Show More

Related Articles

Back to top button