Antarabangsa

Islam Di Djibouti: Keindahan Di Pesisir Teluk Aden

Djibouti merupakan satu daripada beberapa negara yang terletak di Tanduk Afrika (Horn of Afrika).

Didominasi oleh warga Muslim, mereka mendiami Djibouti yang mahsyur dengan pertembungan geografi yang unik; gurun yang tandus, formasi gunung berapi serta pantai yang cantik bertentangan Teluk Aden.

SEJARAH ISLAM DI SANA

Kehadiran Islam ke Djibouti dapat dijejaki melalui proses yang panjang, bahkan Masjid Al-Qiblayatin Рmenurut rencana oleh www.revolvy.com Рdipercayai dibina seawal kurun ke-7 Hijrah.

Ini bermakna, proses Islamisasi itu berlansung sepanjang era kerasulan Nabi Muhammad SAW, dan ini tidak menghairankan memandangkan faktor geografi Tanah Arab dan Afrika yang masing-masing terletak dalam benua yang sama.

Kesannya, kesucian agama Islam itu akhirnya berjaya menyuburi ruh 94% warga Djibouti untuk mengesakan Allah SWT, yang mana daripada keseluruhan 490,000 penduduk, hanya 6% menganuti ajaran Kristian, Judaism dan paganisma.

Kebanyakan bukan Islam menetap di Djibouti City, dan mereka kebiasannya merupakan warga luar yang menetap di sini (foreign-born citizens).

Warga Muslim di Djibouti

STRUKTUR POLITIK DAN ISLAM DI DJIBOUTI

Artikel 1 Perlembagaan Negara Djibouti menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi, manakala artikel 11 pula menyebut tentang hak penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran masing-masing,

Namun, walaupun Islam merupakan agama rasmi, perlembagaan tidak membenarkan mana-mana parti politik berteraskan agama untuk ditubuhkan.

PUSAT ISLAM DI DJIBOUTI

Di seluruh negara itu, dianggarkan terdapat sekitar 40 pusat Islam persendirian, yang dikawal selia oleh dua kementerian: –

  1. Kementerian Hal Ehwal Agama Islam
  2. Kementerian Pendidikan

Manakala soal sistem persekolahan pula, di Djibouti mereka mengamalkan corak pembelajaran sekular di sekolah awam.

Walaupun begitu, Kementerian Hal Ehwal Agama Islam telah mengambil inisiatif untuk membawa tokoh-tokoh Islamke sekolah-sekolah bagi sesi soal jawab berkaitan agama.

Sesi ini biasanya dijalankan dalam tempoh sekitar satu jam, melalui program santai yang tidak diwajibkan kehadirannya.

Masjid Hamoudi di Djibouti

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button