HiburanTeknologi

Detroit: Become Human – Jika Android Memiliki Jiwa

Setelah kejayaan Heavy Rain dan Beyond Two Soul menerima sambutan yang positif, Quantic Dream sekali lagi ingin mencuba kelainan dari permainan video terbarunya, Detroit: Become Human.

Detroit: Become Human merupakan permainan pengembaraan seakan-akan filem interaktif ekslusif untuk PlayStation 4.

Detroit: Become Human | Quantic Dream

Bertemakan bandar Detroit di Amerika Syarikat pada zaman akan datang, orang ramai semakin menggunakan android, iaitu robot menyerupai manusia untuk membantu mereka melakukan kerja seharian.

Jesteru itu, permainan ini mengisahkan 3 watak android yang membantu menyelesaikan beberapa masalah yang dicetus android yang semakin mempunyai dan perasaan seperti manusia dipanggil Deviant.

Pemain akan mengawal Connor, android polis yang ditugaskan menyelesaikan masalah Deviant; Kara, android pengasuh yang harus melindungi seorang kanak-kanak dan Markus, android yang merasakan android perlu diberikan hak yang sama seperti manusia.

Connor – Detroit: Become Human | Quantic Dream
Kara – Detroit: Become Human | Quantic Dream
Markus – Detroit: Become Human | Quantic Dream

Disebabkan permainan ini boleh dianggap filem simulasi, Detroit: Become Human lebih memfokuskan jalan cerita yang mendalam dan tugas pemain hanya menyokong dan memilih jalan bagaimana ceritanya berlaku.

Detroit: Become Human | Quantic Dream

Flow Chart – menu dimana pemain boleh melihat carta keseluruhan cerita jika memilih penceritaan yang berlainan mengikut bab cerita.

Perhubungan dengan watak lain juga memainkan peranan penting kerana ia melibatkan kepercayaan watak tersebut seterusnya memberikan jalan cerita yang berbeza.

Seperti permainan sebelumnya, sistem quick time response (respon serta merta) dan beberapa pergerakan kecil masih dikekalkan bagi menyeronokan permainan ini.

Detroit: Become Human | Quantic Dream

Detroit: Become Human merupakan sebuah permainan video buat pemain yang sukakan jalan cerita yang menarik dan filem interaktif. Biarpun ia tidak seperti permainan pengembaraan yang menggunakan tema ‘dunia terbuka’, ia masih satu permainan yang kukuh dengan jalan cerita yang menarik.

RATING: 8/10

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker