Percutian

Jalan-Jalan Di Bangkok

Bangkok di Thailand sememangnya syurga buat para pengembara.

Ada yang ke sana sebagai pelancong, ada yang hadir ke ibu kota negara “gajah putih” itu mencari pasangan hidup, dan tidak kurang juga yang asalnya menjejakkan kaki ke Bangkok sebagai pengembara, namun jatuh cinta dengan keunikan tempat itu dan lantas memilih untuk menetap dan mencari rezeki di sana.

Ada beberapa cara untuk sampai ke Bangkok.

KAPAL TERBANG

Bagi yang ingin menjimatkan masa, boleh menaiki pesawat dan turun samada di lapangan terbang Don Mueang ataupun Suvarnabhumi.

Untuk trip yang “rugged” dan penuh lasak, Lapangan Terbang Suvarnabhumi  boleh menawarkan pengalaman itu.

Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok

Tipsnya?

Cuba rasai pengalaman bermalam selama satu malam di lapangan terbang itu, di tingkat paling bawah berdekatan medan selera.

Bentangkan tikar yoga di atas kerusi, ikat tali backpack di lengan dan tidur sambil dibuai mimpi tarian gadis-gadis comel di Bangkok.

Selain dapat menjimatkan kos penginapan di hotel, pengalaman bermalam di Suvarnabhumi Airport membolehkan kita menonton ragam para pengambara yang berpusu-pusu di sana.

Buat pengembara Muslim, jangan risau tentang makanan. Medan selera di Lapangan Terbang Suvarnabhumi turut menempatkan kedai halal di dalamnya, bertempat di bahagian bucu medan selera itu.

Kedai makan halal dalam medan selera di Suvarnabhumi

KERETAPI

Perjalanan ke Bangkok menaiki keretapi juga menawarkan pengalaman yang tidak kurang hebatnya.

Di samping kos yang rendah, ianya juga dapat memberikan pelancong pengalaman menikmati panorama indah di sepanjang trip tersebut.

Jika dari Malaysia (Pulau Pinang), trip itu akan mengambil masa sekitar 16 jam.

Atau jika pelancong mempunyai masa yang panjang, ambil keretapi dari Kuala Lumpur Sentral ke Hatyai, dan tukar keretapi dari Hatyai ke Bangkok.

Anda pasti kelihatan “cool”, mengendong backpack yang sarat dan bergaya ala-ala pelancong moden dari negara maju.

Dengan menaiki keretapi juga, pelancong berpengalaman menonton ragam kehidupan dalam keretapi

AKTIVITI DI BANGKOK

Berdasarkan pengalaman, Bangkok merupakan kawasan yang agak besar dan adalah sesuatu yang tidak ekonomikal untuk meneroka bandar itu menaiki tuk-tuk, kerana kos yang agak mahal.

Langkah alternatif untuk berjimat – sekiranya pelancong berjiwa kental – ialah dengan menaiki bas dalam bandar.

Untuk lebih jimat, naiklah bas tanpa penghawa dingin, dan dari situ kalian boleh mengenali sisi lain Bangkok yang penuh dengan golongan bersederhana yang menjadikan bas seperti itu sebagai cara pengangkutan.

Buat yang berjiwa kental, mari rasai pengalaman menjejaki kota Bangkok menaiki bas

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Bangkok termasuklah: –

  1. Menonton wayang

Jangan terkejut dengan anjuran ini, kerana panggung wayang di sana sangat berbeza dengan di Malaysia.

Di Bangkok, sistem kapitalisme membolehkan sesiapa yang mempunyai modal untuk membina panggung wayang dalam pusat beli belah. Maka setiap panggung wayang menawarkan pengalaman berbeza, dari segi rupa bentuk serta hidangan makanan.

Antara latar panggung wyang yang memukau di Bangkok

2. Menaiki bot sepanjang Sungai Chao Phraya

Ini juga satu pengalaman yang menarik, kerana di sepanjang sungai lagenda ini, banyak kawasan-kawasan dhaif yang ditempatkan.

Dari situ, pelancong boleh melihat sisi lain Bangkok yang sarat dengan warna kesederhanaan.

Show More

Related Articles

Back to top button