Antarabangsa

Islam Di Madagascar: Kesucian Agama Di Kepulauan Yang Indah

Republik Madagascar ialah negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi, bertentangan dengan pesisiran pantai Afrika Timur.

Peta yang memaparkan lokasi Madagascar

Madagascar merupakan pulau ke-4 terbesar di muka bumi, selepas Greenland, New Guinea dan Borneo.

Berkeluasan 587,041 kilometer persegi, pulau itu menempatkan sekitar 24,894,551 penduduk.

Daripada jumlah itu, sebahagian kecil merupakan penganut agama Islam, yang dirasakan cukup bertuah dapat menetap di negara yang indah dan damai itu.

Mari kenali mereka, warga Muslim di Madagascar!

MUSLIM DI MADAGASCAR

Sebagai Muslim yang berpeluang menetap di Madagascar, mereka semestinya terpukau dengan keindahan kepulauan itu.

Dengan pepohanan Baobab yang tinggi melambai, diceriakan pula oleh keindahan pantai dengan lautan yang biru dan jernih, Madagascar menjanjikan keadaan yang serba tenang buat komuniti Muslim di sana.

Avenue of Baobab merupakan lokasi paling indah dan memukau di Madagascar

Mereka berjumlah sekitar 1.5 juta, mewakili sejumlah 7% daripada keseluruhan populasi Madagascar.

Majoriti mereka mengamalkan fahaman sunni dari cabang mazhab Shafie.

Kedatangan Islam ke Madagascar ini boleh dikesan seawal kurun 30 hijrah, apabila pendakwah dari tanah Arab memulakan usaha mengembangkan syiar Islam termasuk ke Afrika.

Kini, majoriti warga Muslim Madagascar menetap di Antananarivo.

MASJID DI MADAGASCAR

Terdapat beberapa masjid di Madagascar, dan antaranya termasuklah: –

  1. Masjid Khoja di Antananarivo
  2. Masjid Noor di Antananarivo
Masjid Khoja
Masjid Noor
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker