Gaya HidupKerjaya

Tinggalkan Kerjaya Jururawat Kerana Hot Wheels

Daripada minat dan cinta terhadap mainan Hot Wheels, ia akhirnya berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar. Farah Nadiyah Shamsudin, 31, meninggalkan kerjayanya sebagai jururawat dan menumpukan sepenuh masa dalam perniagaan mainan tuang terap (die-cast) tahun lepas.

Ahli keluarganya teragak-agak ketika dia pertama kali memberitahu mereka mengenai karier barunya dan mereka tidak menggalakkannya. Walau bagaimanapun, kesungguhannya berjaya mengubah persepsi mereka.

Pada awalnya, Farah mencari peniaga mainan die-cast yang lain dan menemui EdenGarage di Instagram. Dia membantunya untuk membiasakan diri dengan model kereta yang terdapat di pasaran dan menasihatinya untuk melibatkan diri dengan peniaga lain.

Dari situ Farah mula mendekati golongan peminat mainan die-cast dan turut menyertai perhimpunan mingguan bersama mereka.

toy cars

“Perhimpunan ini memberi manfaat kepada saya kerana saya boleh menjual kereta model berbeza dengan mereka dan memahami pasaran semasa untuk mainan ini,” kata Farah yang boleh ditemui melalui instagram @farah_diecast_enterprise.

Waktu kerja yang fleksibel adalah sesuatu yang disukainya. Jadual hariannya bermula jam 8 pagi ketika dia menyemak mesej tempahan dari pelanggan. Biasanya, jika mereka memesan model die-cast tertentu pada hari yang sama, ia akan dihantar kepada mereka pada hari itu sendiri.

Sekiranya pelanggannya meminta kereta model yang jarang ditemui, dia akan meminta pertolongan daripada peniaga lain yang mempunyai model itu dan berdagang dengan mereka. Model itu kemudiannya dijual kepada pelanggan.

Seperti mana-mana usahawan lain yang bercita-cita untuk melihat perniagaan mereka berkembang, Farah berharap dapat memiliki sebuah kedai pada masa hadapan.

Graduan diploma kejururawatan dari Kolej Perubatan Diraja Perak itu juga memasang impian untuk menjual mainan die-cast lain seperti mainan superhero dan mainan Transformers.

Dia juga menggalakkan mereka yang ingin menubuhkan perniagaan untuk membaca dan melakukan penyelidikan sebelum memulakannya.

“Ia juga penting untuk anda bersemangat dengan kerja anda supaya anda dapat menikmati apa yang dilakukan setiap hari,” katanya.

Kereta model die-cast adalah koleksi yang dibuat menggunakan kaedah tuang terap dengan memasukkan aloi zink cair ke dalam acuan untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki. Mainan ini dibuat sepenuhnya dari logam tetapi sering mempunyai butiran yang diperbuat daripada plastik, getah dan juga kaca.

Proses tuang terap bertambah baik berbanding kaedah pembuatan mainan sebelumnya, sehingga menjadi lebih cepat dan lebih murah untuk membuat model yang terperinci dan kukuh.

Antara jenama terkenal termasuk Hot Wheels, Green Light, M2 Machines, Matchbox dan Johnny Lightning. – Star2

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker