Gaya HidupKerjaya

Perniagaan Startup Merupakan Trend Kerjaya Masa Kini

Bagaimana Orang Sanggup Tolak Kerja Di Luar Negara Untuk Memulakan Startup

Teknologi baharu yang membuka peluang orang ramai untuk mencari pendapatan sendiri telah menyebabkan ramai warga China yang belajar ke luar negara untuk pulang ke tanah air mereka dan membuka perniagaan start-up sendiri.

Kenapa Orang China Sanggup Tolak Kerja Di Luar Negara Dan Memulakan Startup?

Menurut seorang graduan bernama Li Huiyu dari sekolah kejuruteraan, Stanford University, dia menyukai cabaran dan rasa tanggungjawab dalam memastikan kumpulan yang diterajuinya maju kehadapan. Sambil itu dia berharap apa yang dia pelajari di luar negara dapat digunapakai di negara asalnya.

Huiyu kini menerajui sebuah kumpulan bernama Mobby iCode yang mempunyai misi dalam memberi kursus pembelajaran koding berkualiti tinggi kepada kanak-kanak di China.

Pengalaman yang di ambil oleh pelajar yang belajar di luar negara telah membuka minda dan kelakuan mereka tentang penubuhan startup.

Peningkatan sebanyak 40% terhadap pelajar yang mahu pulang ke tanah air dan memulakan perniagaan sendiri telah menunjukkan kadar yang sangat positif.

Selain Huiyu, Li Zeyang yang juga merupakan graduan Stanford University berkata pengalamannya di Standford telah memberinya inspirasi untuk meninggalkan cita-citanya bekerja sebagai jurutera di luar negara. Ini kerana terdapat lebih banyak peluang di China dan ia menawarkan peluang untuk dirinya lebih didengari.

Adakah Warga Malaysia Yang Belajar Di Luar Negara Juga Akan Pulang?

Di Malaysia sebuah badan bernama TalentCorp telah ditubuhkan pada tahun 2011 untuk memanggil semula bakat-bakat Malaysia berkemahiran tinggi pulang ke tanah air dan berkhidmat bersama-sama dalam membangunkan negara.

Sehingga Disember 2017, seramai 4,568 warga Malaysia telah berdaftar dibawah program ini dan seramai 630 wanita telah kembali berkhidmat untuk negara.

Adakah Startup Akan Berjaya Di Malaysia?

Sebelum ini Malaysia mempunyai sebuah badan bernama MaGIC (Malaysian Global Innovation and Creativity Center). Di MaGIC, orang ramai yang berminat dengan startup dapat belajar melalui mereka secara percuma. Walau bagaimanapun kerajaan terkini harus membubarkan MaGIC kerana kekangan kewangan walaupun pihak MaGIC masih beroperasi sehingga kata muktamad oleh kerajaan PH. 

Namun menurut sebuah lamanweb, industri startup di Malaysia akan terus berkembang kerana Malaysia kini mempunyai banyak tempat untuk belajar dan mendapat mentor.

Apakah Sebenarnya Perniagaan Startup?

Perkataan startup sendiri adalah serapan daripada Bahasa Inggeris yang menunjukkan sebuah perniagaan yang baru dirintis. Perniagaan ini berada dalam fasa pengembangan dan penelitian sebelum menemukan pasaran yang tepat untuk berkecimpung.

Menurut laman techinasia, terdapat 7 kriteria perniagaan startup:-

  1. Usia perniagaan kurang dari 3 tahun
  2. Jumlah pekerja kurang dari 20 orang
  3. Pendapatan kurang dari RM400,000/tahun
  4. Masih dalam tahap berkembang
  5. Umumnya bergiat dalam bidang teknologi
  6. Produk yang dikeluarkan berbentuk digital seperti aplikasi
  7. Biasanya beroperasi melalui laman web

4 Kunci Untuk Mendirikan Startup Di Malaysia

1. Menentukan Idea Startup
Ilham startup biasa didapat dari diri sendiri (passion) dan idea yang hebat datang ke fikiran apabila membincangkan dengan pihak lain yang telah lama berpengalaman di dunia teknologi.

2. Evaluasi Pasaran
Pelajari pasaran dengan memahami pelanggan dan kumpulkan data sebanyak mungkin bagi memastikan bahawa keputusan yang akan anda ambil adalah tepat berdasarkan data.

3. Menemukan Pelabur
Mencari pelabur yang bersesuaian dengan perniagaan yang mahu didirikan. Perkara ini memang sukar jadi perlunya rangkaian kenalan dan kertas kerja yang berkesan untuk menarik perhatian pelabur.

4. Membentuk pasukan
Sebuah pasukan yang terdiri daripada pengurusan, promosi produk, kewangan, ataupun perhubungan awam adalah antara perkara yang sangat diperlukan untuk mengembangkan perniagaan anda.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close