Isu SemasaTempatan

Pakar: Sudah Tiba Masanya Untuk Mencari Alternatif Pengangkutan Yang Lebih Murah

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan keputusan untuk membatalkan Projek MRT laluan 3 selepas mengambil kira implikasi kos kerajaan.

Presiden Persatuan Sains Pengangkutan Malaysia, Prof Mohamed Rehan Karim berkata keputusan kerajaan dapat difahami kerana mereka harus mengutamakan perbelanjaan memandangkan kos hutang negara yang tinggi.

Menurut pakar pengangkutan awam, pembatalan laluan MRT3 membolehkan kerajaan untuk mengkaji semula projek-projek mega yang menelan kos perbelanjaan tinggi dan dapat mencari alternatif lebih murah.

“Saya mempercayai bahawa Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) juga akan mempertimbangkan perkara ini dengan teliti dan mereka akan mencari jalan penyelesaian yang lebih cekap untuk meningkatkan pengangkutan awam kami,” katanya.

Pakar perancang bandar dan pengangkutan, Goh Bok Yen berkata terdapat alternatif lain yang lebih murah untuk MRT3, termasuk sistem pengangkutan awam campuran yang bersistematik seperti bas dan kereta trem yang sudah pun digunakan di negara-negara maju.

Tambah Goh, dengan membatalkan projek MRT3, kerajaan boleh mengkaji sama ada laluan MRT1 dan laluan MRT2 yang akan datang dapat mencapai matlamat asal mereka.

“Antara persoalan yang perlu dibincangkan adalah sama ada penumpang harian MRT, yang kini dilaporkan berjumlah antara 130,000 dan 140,000, dapat dijustifikasi berbanding sasaran asal iaitu sebanyak 250,000.

Goh juga memberi pandangan bahawa kerajaan perlu teliti menilai projek-projek MRT ini kerana ia adalah wang pembayar cukai.

MRT1 menghubungkan laluan antara Sungai Buloh dan Kajang, manakala MRT2, yang kini sedang dalam pembinaan, akan menghubungkan laluan Sungai Buloh ke Serdang dan Putrajaya.

Projek MRT3 yang turut dikenali sebagai MRT Lingkaran dirancang untuk menjadi laluan rel-transit yang menggunakan sistem transit automatik sepenuhnya di kawasan Lembah Klang. Projek ini dianggarkan menelan kos RM30 bilion.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker