HiburanTeknologi

Beat Saber: Jedi Dunia Muzik

Anda suka menghayunkan light saber sambil bermain muzik? Jadi Beat Saber adalah permainan yang sangat sesuai untuk anda.

Beat Saber merupakan sebuah permainan VR (virtual reality) bertemakan muzik di mana pemain harus memukul not muzik dengan menghayunkan alat kawalan seperti pedang maya.

Ia lebih mudah dikategorikan dengan permainan seperti Guitar Hero dan Fruit Ninja tetapi di dalam bentuk VR.

Pemain seakan menari atau berkungfu sambil memotong not dan mengelak halangan disertai kesan bunyi yang menarik.

MUZIK DAN PEDANG

Pada permulaannya, Beat Saber merupakan satu projek indie oleh Hyperbolic Magnectism pada 2016 dan menerima sambutan yang menggalakan.

Kini ia boleh dibeli dan dimuat turun melalui STEAM pada 1 Mei 2018 pada harga RM39.

Untuk bermain permainan ini, pengguna harus memiliki alat kawalan VR seperti Oculust Rift atau HTC VIVE.

Pemain bukan sahaja harus menghayun dan melibas pedang maya, malah mereka harus mengelak dan menunduk untuk not-not muzik berhalang.

HAYUN DAN LIBAS

Dengan menggunakan tema angkasa dan Star Wars, anda akan menggunakan 2 light saber berwarna merah dan biru untuk memukul not muzik.

Not muzik akan datang dari hadapan anda dan kelajuannya akan berdasarkan pada tahap kesukaran lagu tersebut.

Terdapat 3 mod permainan di dalam Beat Saber ini iaitu:

  • Mod Arked (Arcade Mode): pemain akan bermain menggunakan seleksi lagu yang diberikan
  • Mod Bebas (Free Mode): pemain boleh bermain/menghayun pedang secara bebas
  • Mod Pedang Tunggal (Single Blade Mode): Pemain akan bermain menggunakan satu pedang sahaja.

Ia merupakan permainan yang menarik dan menyeronoknya. Anda pastikan berpeluh sambil dapat membakar kalori anda.

Tetapi, bagi sesiapa yang mempunyai ‘motion sicness’, disarankan anda untuk tidak bermain terlalu lama.

 

Show More

Related Articles

Back to top button