MalaysiaPolitik

Parti Politik Memerlukan Perubahan Akar Umbi

Keputusan pilihan raya yang lalu menawarkan peluang untuk kesemua parti politik meninjau kembali tujuan dan tindakan mereka. Ada beberapa aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam proses memperbaharui, jika mereka memilih untuk berbuat demikian.

Ideologi

Setiap parti politik mempunyai ideologi masing-masing. Jika dilihat dari parti gabungan BN, kesemua parti dibawah nauangannya berasaskan kaum masing-masing dan mereka berusaha untuk memperjuangkan komuniti mereka sendiri berbanding negara.

Perdana menteri kita sekarang adalah dari parti Pribumi, tetapi parti itu dikatakan hanya cerminan kepada Umno di mana kebanyakan anggotanya adalah bekas ahli umno.

Umno, Pribumi dan Perkasa boleh ditukar ganti dan ahli boleh bertukar-tukar pihak pada bila-bila masa, bergantung pada siapa yang memimpinnya. Namun adalah munasabah untuk menyatakan bahawa Pribumi memerlukan rasionalisasi untuk mempunyai masa depan yang lebih baik. Jika tidak, ia akan terperangkap sebagai parti komunal.

DAP telah memulakan langkah-langkah untuk mengembangkan semangat Malaysia di dalamnya, tetapi perubahan masih jauh sementara PKR pula berkemungkinan menimbulkan kekacauan dalam Pakatan kerana telah menjadi penyumbang kemenangan terbesar dalam PRU-14.

Melihatkan sejarah parti-parti ini, ia kelihatan agar sukar untuk meminta mereka mencari ideologi yang kohesif dan komprehensif. Namun, ia perlu dilakukan untuk memastikan kelangsungan setiap parti politik tersebut.

Pilihan Raya

Semua parti bergelut dengan pilihan raya parti. Walaupun parti menyatakan tentang idea penyertaan dan keadilan, perselisihan masih sahaja berlaku.

Akan ada peringatan bahawa pertandingan terbuka membahayakan parti. Dan yang paling membimbangkan, orang yang berpangkat tinggi dalam parti itu mengatakan kedudukannya tidak boleh dicabar kerana akan memburukkan keadaan parti.

Kini Pakatan mempunyai kuasa untuk mengumumkan PRU akan datang berlaku bila mereka mahu (sama ada lebih awal atau sehingga parlimen terbubar dengan sendirinya), ia dapat menyediakan semua pihak untuk menjalankan pemilihan parti mereka secara teratur terlebih dahulu.

Ahli-ahli di dalam parti masing-masing mesti merasakan mereka mempunyai kebebasan dan berhak untuk memilih kepimpinan yang mereka mahu dan bukan kepimpinan yang ditetapkan kepada mereka.

Yuran keahlian & kuasa  

Yuran tahunan perlu dikenakan kepada ahli parti. Apabila diabaikan, penyertaan menjadi amat mudah dan tidak memerlukan komitmen. Tidak ada yang lebih baik daripada pelaburan kewangan untuk menarik penglibatan orang.

Parti harus menghentikan tanggapan bahawa keanggotaan adalah hanya bersifat kuantitatif semata-mata. Yuran keahlian mungkin akan mengurangkan ahli sesebuah parti tetapi ia lebih baik daripada memenuhkan parti dengan anggota yang tidak aktif.

Ahli yang benar-benar komited akan terlibat dalam dasar parti, memberi cadangan wakil-wakil parti yang dipilih dalam parlimen atau majlis-majlis negara dan menentukan siapa yang akan menjadi calon parti dalam pilihan raya negara. – Malay Mail

 

Show More

Related Articles

Back to top button