Gaya HidupPercutian

Melancong Bersama ‘Oppa’ di Seoul

Sebuah syarikat di Korea Selatan telah melancarkan perkhidmatan pelancongan khusus yang mensasarkan pelancong asing yang ingin melancong bersama oppa mereka sendiri seperti yang digambarkan dalam drama TV Korea.

Wanita Korea menggunakan istilah oppa untuk merujuk kepada ahli keluarga lelaki, kawan atau teman lelaki yang lebih tua dari generasi yang sama. Perkhidmatan yang dipanggil Oh My Oppa, membolehkan pelawat asing untuk “menyewa” oppa.

Memanfaatkan populariti lelaki Korea dalam drama TV, CEO Lee Joon-woo melancarkan Oh My Oppa untuk membawa pelancong ke lokasi yang dipaparkan dalam drama romantik Korea seperti sebuah janji temu sebenar.

“Ia bermula sebagai jenaka apabila orang asing yang datang ke Korea berharap untuk mencari lelaki seperti yang mereka lihat dalam drama, tetapi tidak ada lelaki awam yang berperwatakan menarik dan bagus seperti bintang TV ,” kata Lee Joon-woo dalam temu bual.

Laman web Oh My Oppa kini mempunyai tujuh lelaki Korea, yang bukan pemandu pelancong profesional tetapi lelaki tempatan yang bersedia menawarkan bantuan pelancongan dengan bayaran.

Mereka boleh memotong stik untuk pelancong, mengambil gambar dan menawarkan komen yang menggalakkan. Walau bagaimanapun, kerana mereka adalah lelaki Korea yang sebenar dengan latihan yang minimum, oppa bukanlah seseorang yang fasih berbahasa Inggeris.

Laman web Oh My Oppa menampilkan tujuh pemandu pelancong iaitu  Arami, Sean, Hue, William, Jake, Sam dan Ryan. Setiap profil mereka memaparkan foto-foto yang baik beserta jadual perjalanan singkat mengenai apa yang akan dilakukan sepanjang pelancongan bersama.

Semasa lawatan, pemandu dan pelancong boleh melawat kafe haiwan peliharaan atau melakukan aktiviti yang memerlukan bayaran tambahan, tetapi hanya jika mereka bersetuju. Untuk aktiviti berbayar, bil akan dikongsi.

Lee berkata permintaan pemandu pelancong datang dari negara-negara Eropah seperti Perancis, England dan Jerman, dan negara-negara Asia Tenggara termasuk Hong Kong, Thailand dan Indonesia.

Oh My Oppa mempunyai garis panduan yang ketat dalam merekrut pemandu pelancong baru untuk memeriksa sama ada mereka adalah calon yang sesuai untuk peranan sebagai oppa dan mempunyai peraturan tersendiri.

Oppa dinasihatkan untuk tidak mengatur lawatan pada waktu malam atau keluar minum bersama pelancong yang ditugaskan.

Lawatan akan diberikan di seluruh Seoul termasuk Muzium Trick Eye, Kuil Gilsangsa, Pasar Gwangjang dan Lotte World Tower. – The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker