Makan & Minum

5 Makanan Tradisi Hari Gawai Yang Menarik Dan Perlu Cuba!

Sarawak cukup kaya dengan budaya kaumnya yang berbilang bangsa, malah di sana juga terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik, unik dan eksotik. Pastinya anda tertanya-tanya tentang makanan-makanan tradisi yang dihidangkan untuk perayaan Hari Gawai ini. Di sini era.fm telah menyenaraikan lima makanan menarik yang anda harus cuba sempena perayaan ini.

1. Nasi Merah

Nasi merah ini diperbuat daripada beras yang berbeza daripada beras biasa dan berwarna merah.

2. Ikan Tempoyak

Masakan ini seakan sama macam masakan ikan patin masak tempoyak.

3. Daun Ubi

Daun ini sering kali digunakan untuk ubat-ubatan seperti mengatasi bengkak, bisul dan demam. Tapi daun ini juga sedap jika dimasak dan dimakan.

4. Umai Ikan

Umai pula merupakan makanan yang berasal dari kaum Melanau di Sarawak. Semua penduduk Sarawak yang berbagai kaum menggemari umai. Ianya disediakan dari ikan yang mentah.

Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dipotong kecil-kecil seterusnya diperap bersama limau, bawang merah dan cili. Ianya juga dicampur dengan bahan perasa yang lain.

Umai yang biasa dijumpai adalah umai ikan dan umai udang. Umai lebih sedap dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.

 

5. Ayam Pansuh

Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di Semenanjung Malaysia.

‘Manok’ bermaksudd ayam dan ‘Pansoh’ bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai ‘Manuk Pansuh’ ataupun ‘ Manuk Lulun’. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging ikan disediakan mengikut cara yang sama.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close