HiburanWayang

Keterujaan Filem Maleficent 2 Bermula

Filem Maleficent yang telah mendapat sambutan ramai pada tahun 2014 bakal muncul dengan kesinambungannya apabila penggambaran Maleficent 2 telah mula dijalankan.

Foto yang dimuat naik di Instagram Elle Fanning yang memegang watak Princess Aurora iaitu ‘sleeping beauty’ dalam cerita dongeng yang selalunya kita dengar telah mendapat pelbagai reaksi mengujakan apabila terlihat Angelina Jolie dengan tanduk dikepalanya.

Bila Maleficent 2 Bakal Ditayangkan

Jika anda tertanya-tanya bila kita dapat menyaksikan filem yang menunjukkan sisi disebalik watak “jahat” dalam dongeng sleeping beauty tersebut, jawapannya ialah tidak pasti. Ini kerana tarikhnya belum diumumkan lagi.

Filem ini merupakan kemunculan semula Angelina Jolie sebagai pelakon setelah tiga tahun berehat walaupun  beliau sempat berada di balik kamera untuk mengarahkan sebuah filem bertajuk First They Killed My Father. 

Bintang Selain Fanning Dan Jolie Dalam Maleficent 2

Selain si comel Elle Fanning dan Angelina Jolie, Michelle Pfeiffer juga dikatakan akan membintangi filem ini. Di laman web Variety, Michelle dikatakan akan memegang watak sebagai Ratu dan ia bukanlah kemunculan sebentar (cameo).

(

Ini membuatkan ramai peminat wayang tidak sabar melihat Michelle Pfeiffer yang tetap cantik walaupun berusia 60 tahun.

Dalam Maleficent 2 yang diarahkan oleh Joachim Ronning (“Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales”), watak antagonis, Maleficent dikatakan akan meneroka dengan lebih dalam hubungannya yang kompleks bersama Princess Aurora.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close