Sukan

Anggota Hamas Di Penjara Israel Dilarang Menonton Piala Dunia

Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan pada hari Ahad yang lalu mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedang berusaha menghalang banduan Palestin yang merupakan anggota Hamas daripada menonton Piala Dunia yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.

“Saya tidak akan membenarkan anggota Hamas ayng ditahan di penjara ini untuk menonton perlawanan Piala Dunia selagi anggota tentera kami masih berada di Semenanjung Gaza,” kata Erdan.

Menteri itu berkata beliau turut meminta Perkhidmatan Penjara Israel untuk “memberi tekanan” ke atas anggota Hamas yang telah ditahan.

Dibawah undang-undang sekarang, banduan mempunyai hak untuk menonton televisyen, tetapi Erdan sedang meneliti jika ia boleh diubah sewaktu perlawanan Piala Dunia berjalan dari 14 Jun sehingga 15 Julai.

Erdan juga telah mengumpulkan pakar undang-undang untuk mencari kemungkinan untuk tidak membenarkan banduan daripada menonton siaran tv – satu idea yang sangat sukar dilakukan kerana banduan dan tahanan tidak diasingkan dan undang-undang menyatakan tahanan perlu dibenarkan untuk menonton tv, lapor the Times of Israel.

“Banduan yang menyokong keganasan tidak akan mendapat manfaat daripada pertandingan sukan yang menyatukan orang ramai,” kata menteri itu lagi.

Mayat dua anggota tentera yang terkorban ketika perang Gaza 2014, Oren Shaul dan Hadar Goldin dipercayai dimiliki oleh Hamas.

Manakala kira-kira 6,500 rakyat Palestin ditahan di penjara-penjara Israel, menurut Kelab Banduan Palestin.

Show More

Related Articles

Back to top button