Isu SemasaSains

Adakah Kerajaan Tidak Memandang Serius Tentang Alam Sekitar Kita?

Sebuah petisyen kepada Perdana Menteri dan kabinetnya telah dilakukan oleh 17 kumpulan pemuliharaan di dalam negara termasuk artis Maya Karin untuk memastikan alam sekitar dan sumber alam negara kita terjaga telah mendapat 37,000 tandatangan orang awam di laman web change.org.

Di dalam petisyen tersebut kumpulan penggiat alam sekitar seperti WWF-Malaysia, Danau Girang Field Centre, Malaysian Nature Society, Water Watch Penang telah menyeru Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan untuk mengekal dan memperkasakan satu portfolio alam sekitar yang khusus dalam jemaah menteri.

Menurut mereka, perletakan portfolio pengurusan alam sekitar ke dalam kementerian lain akan melemahkan usaha pemuliharaan dan perlindungan warisan semula jadi.

“Kami menyeru kerajaan untuk meletakkan nilai yang tinggi ke atas portfolio ini dan memilih menteri yang ikhlas dalam melindungi alam sekitar kita. Ini adalah untuk membantu kerajaan semasa untuk mencapai manifesto pilihan raya yang termasuk janji untuk mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar.”

Pentingnya Alam Sekitar Kita

Malaysia adalah antara 17 negara di dunia yang paling kaya dengan biodiversiti dan keindahan alamnya amat terkenal di seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, perlindungan dan pengurusan sumber-sumber alam, biodiversiti dan alam sekitar adalah tugas yang besar dan amat mencabar.

Kebanyakan negara-negara maju mempunyai satu kementerian yang khusus untuk membantu negara mereka mencapai komitmen antarabangsa.

Ekosistem-ekosistem ini memberi khidmat yang amat bernilai kepada negara kita seperti air bersih, udara segar, sumber protein, ubat-ubatan, rekreasi dan banyak lagi.

Malaysia Akan Menjadi Negara Bebas Beg Plastik Dalam Masa Setahun?

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin

Pada masa yang sama, Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kepada Malaysiakini kerajaan akan terus mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai sebelum memperkenalkan larangan penggunaan beg plastik sepenuhnya di seluruh negara dalam tempoh setahun ini.

Menurut beliau, meskipun larangan serupa sudah pun berkuat kuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Johor, rakyat Malaysia masih memiliki tabiat ingin memperoleh sesuatu dengan mudah, mereka mahu beg plastik untuk membawa pulang barangan mereka.

YB Zuraida menambah bahawa orang ramai harus memberi kerajaan masa untuk menganjurkan program-program mendampingi dan mendidik orang ramai. Beliau menyasarkan dalam masa satu tahun, larangan beg plastik seluruh negara mungkin akan tercapai.

Bolehkah Malaysia Menjadi Negara Sifar Beg Plastik Dalam Masa Satu Tahun?

Sememangnya untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan alam sekitar adalah salah satu cara yang bernas dan kelihatan seperti perkara yang mudah tetapi perlaksanaannya ke atas sesebuah komuniti itu adalah satu cabaran lain.

Kerajaan juga perlu memperlihatkan alternatif terhadap sesuatu larangan untuk rakyat supaya tidak dibebani dengan penambahan perbelanjaan untuk membeli beg plastik sampah.

Ini kerana sebelum ini kemungkinan besar kebanyakan orang mengguna semula beg plastik yang didapati dari pasaraya untuk buang sampah dari rumah seperti sisa makanan dan bahan buangan lain.

Apabila sifar beg plastik diadakan, rakyat terpaksa menambah kos perbelanjaan bulanan untuk membeli beg plastik bagi membuang sisa buangan rumah mereka.

Walaupun beberapa negeri sudah diperlihatkan larangan beg plastik, tetapi longgokan beg plastik masih lagi terjadi.

Tong sampah di sebuah rumah di Australia

Mengikut Negara Yang Mempunyai Modal Pengurusan Sisa Buangan Yang Berjaya

Jika diperlihatkan dari negara luar yang juga giat berkempen membanteras beg plastik, kerajaan mereka mempunyai inisiatif untuk memberi tong sampah khas kepada setiap rumah atau premis untuk memastikan kelancaran proses kitar semula dan memastikan cara penggunaan beg plastik untuk membuang sampah pada kadar minima.

Di negara seperti Australia, jika sampah mereka tidak diuruskan dengan betul, pemungut sampah tidak akan mengambil sampah mereka. Ia adalah pengajaran bagi memperbetulkan cara pembuangan sampah sekaligus mendidik rakyat untuk mengitar semula dengan lebih berdisiplin.

Mungkin ada baiknya Malaysia juga memperlihatkan cara kerja mereka bagi menangani masalah penggunaan plastik ini dan bukan hanya sekadar kempen yang hanya akan “masuk telinga kiri keluar telinga kanan”.

Sumber Imej Terencana: Teh Yew Kiang (www.change.org)

Show More

Related Articles

Back to top button