Sukan

Peminat Mahu Ronaldo Kekal Ketika Meraikan Kemenangan Liga Juara-Juara

Penyokong Real Madrid meminta Cristiano Ronaldo untuk kekal di kelab itu sewaktu meraikan kemenangan Liga Juara-Juara di Stadium Bernabeu pada awal pagi Ahad.

Kemenangan itu menandakan kemenangan Liga Juara-Juara mereka yang ketiga berturut-turut.

Walau bagaimana pun, Ronaldo memadamkan sedikit kegembiraan kemenangan 3-1 Madrid ke atas Liverpool di perlawanan akhir di Kiev bagi mencatatkan rekod Piala Juara-Juara ke-13 itu.

Ketika ditemubual sebaik selepas menjulang piala, Ronaldo memberikan gambaran bahawa beliau akan meninggalkan kelab itu dengan berkata “ia adalah istimewa untuk berada di Real Madrid”.

Image result for cristiano ronaldo

Ronaldo disambut sebagai wira di Bernabeu dengan para penyokong melaungkan namanya serta menanyikan “Cristiano tolong tinggal (di sini)”.

Penjaring terbanyak Real Madrid itu kemudian memberikan ucapan yang optimistik dengan berkata: “Saya berasa bangga bermain di kelab terbesar di dunia. Saya sangat selesa di sini. Dengan rakan sepasukan seperti ini mustahil untuk tidak menang.”

Ribuan penyokong hadir bagi menyambut Zinedine Zidane dan pasukannya, yang memulakan sambutan kemenangan mereka di gereja besar Almudena, sebelum melewati bangunan-bangunan kerajaan dan kemudiannya dewan bandaraya, dan bertemu peminat yang berkumpul di Plaza del Sol.

“Ini sudah menjadi rutin buat kami,” kata kapten Real, Sergio Ramos mengenai pasukan mereka.

Real menjadi pasukan pertama selepas Bayern Munich pada tahun 1976 yang memenangi piala itu untuk tiga tahun berturut-turut.

“Pasukan ini mendapat sokongan di waktu kami memerlukannya dan (kemenangan) ini juga adalah milik anda. Sekarang kita perlu fikir untuk memenangi yang ke-14, kerana itulah yang kelab ini mahukan dari kami.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker