TeknologiUncategorized @ms

Jurassic World Alive – Pokemon Go Dinosaur?

Bersempena filem Jurassic World: Fallen Kingdom, Ludia Inc. dengan kerjasama Universal Studio telah melancarkan sebuah permainan simulasi telefon pintar Jurassic World Alive (JWA).

JWA merupakan permainan simulasi mencari dan mengumpul DNA haiwan pra sejarah di sekitar lokasi anda dengan menggunakan GPS dan Google Maps.

Ya, ia sangat mirip Pokemon Go yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

PERMAINAN

Anda perlu berjalan dan mencari dinosaur di sekitar anda untuk anda memiliki dinosaur anda sendiri. Apabila dinosaur mula kelihatan di skrin anda, anda boleh bersua dan mula mengambil DNAnya.

Untuk mengumpulkan DNA dinosaur tersebut, anda akan mengawal sebuah dron dan menembak penyuntik DNA sambil mengejar dinosaur tersebut.

Setelah cukup material DNA untuk seekor dinosaur, seterusnya anda bolehlah mencipta dinosaur anda sendiri.

Dinosaur ini boleh dilatih dan berkembangan dengan menggunakan material DNA yang anda kumpul.

Selain itu, dinosaur ini boleh digabungkan dengan beberapa spesis yang lain untuk mendapatkan dinosaur yang istimewa dan berlainan.

Seperti Pokemon Go juga, anda boleh membawa sekurang-kurangnya 4 ekor dinosaur dan berlawan dengan pemain lain.

PENDAPAT

Jurassic World Alive bukanlah sesuatu permainan yang baru. Permainan ini mirip Pokemon Go yang mudah difahami dan dimain tanpa penjelasan yang panjang.

Lokasi mengumpul bekalan agak kurang dan dinosaur yang muncul di skrin anda agak jarang dan ia memang memerlukan anda untuk bergerak dari satu ke tempat ke tempat yang lain.

Untuk permulaan, seleksi dinosaur yang ada agak unik dan pemain boleh mengacukkan mereka menjadi dinosaur yang lebih hebat. Namun, dinosaur seperti Tyrannosaurus memang agak untuk dijumpai

Aplikasi AR gambar dan video yang disediakan juga menarik jika anda ingin mengambil dinosaur tengah berjalan di kawasan anda.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker