FesyenGaya Hidup

Cara Pilih Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit

Rata-rata wanita memilih warna tudung mengikut pakaian mereka. Tetapi jika warna tudung tidak sesuai dengan tona kulit anda, ia boleh tenggelamkan wajah.

Ikuti petua dari Pengantin ini untuk memilih warna tudung yang sesuai dengan kulit anda.

Uji Tona Kulit

Perkara utama yang harus diuji terlebih dahulu ialah dengan meletakkan diri anda di dalam helaian warna-warna yang diidamkan.

Sekiranya anda tampak berseri dan aura wajah anda menyerlah, maka itulah warna tudung yang tepat untuk anda.

Harus diingatkan sekali lagi, tidak semestinya warna kegemaran anda itu merupakan warna terbaik untuk tona kulit anda.

Jenis Tona Kulit

Secara umumnya, tona kulit-kulit wanita di Malaysia berada di pertengahan skala iaitu sawo matang di mana ia sedikit kekuningan dan tidak terlalu gelap.

Sebahagian lagi tergolong dalam tona kulit cerah/putih dan gelap. Walaubagaimanapun, mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap tidak harus bimbang kerana dengan pemilihan warna busana yang tepat dan sesuai, ditambah lagi dengan gaya solekan yang sempurna, pasti aura seri anda akan menonjol.

Tona Kulit Cerah

Bagi mereka yang mempunyai kulit cerah dan putih, anda berada di zon yang selamat. Ini kerana, apa sahaja warna yang bakal anda gayakan akan terlihat sempurna.

Untuk kesan yang terbaik, elakkan dari memilih warna yang terlalu lembut kerana warna ini akan menampakkan wajah anda lebih pucat danĀ  tidak berseri.

Pemilihan warna seperti merah jambu, coklat, hijau daun, hijau zamrud, merah, ungu pekat dan biru kehijauan akan menaikkan lagi seri wajah anda. Sekiranya anda menginginkan gaya lebih romantis, pilihlah warna pastel seperti dusty pink dan lilac grey.

 

Tona Kulit Langsat

Tona kuning langsat atau mereka yang memiliki tona kulit sederhana, anda dinasihatkan menjauhi warna kuning cair, karamel, oren, coklat serta warna yang senada dengan warna kulit anda kerana ini akan memberi kesan pucat dan tidak berseri buat anda.

Pemilihan warna yang terang, cerah dan pastel dapat menaikkan lagi seri wajah anda. Antara warna lain yang boleh dipilih adalah warna merah jambu, hijau zamrud dan ungu gelap.

 

Tona Kulit Gelap

Bagi wanita yang memiliki tona kulit di skala terakhir iaitu gelap, anda harus lebih berhati-hati dalam memilih palet warna yang sesuai.

Anda boleh memilih warna kedam seperti biru laut, hijau lumut dan merah hati. Namun begitu warna-warna tersebut harus dihiasi sentuhan warna terang bagi menaikkan sedikit keserian.

Show More

Related Articles

Back to top button