BudayaMakan & MinumPercutian

Turki: Memori Kembara Ke “Cradle Of Civilization”

Turki – buaian sebuah ketamadunan (cradle of civilization) – merupakan negara “misterius” yang dipenuhi lagenda para sultannya, para konspirator Cun Turks, serta bangunan-bangunan yang melambangkan pertembungan beberapa ketamadunan.

Pelancongan ke sana semestinya memberikan sentuhan kepada jiwa sang pengembara, kerana menjejakkan kaki di Turki adalah ibarat menyentuh permukaan sebuah negara yang menghimpunkan dua benua berbeza (Eropah dan Asia), serta merupakan saksi jatuh bangun kuasa kekhalifan Islam yang agung.

TEMPAT MENARIK DI TURKI

  1. MASJID BIRU

Menurut seorang warga veteren yang sempat ditemui Toodia, yang tidak mahu namanya didedahkan, kehadiran beliau ke masjid biru didorong oleh keinginan untuk melihat keagungan senibina Islam.

Masjid itu, yang turut dikenali sebagai Sultan Ahmed Mosque, dibina di Istanbul pada sekitar 1609 sehingga 1619.

Pada waktu itu, Turki berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmed 1.

Menariknya di masjid ini ialah walaupun mempunyai nilai sejarah dan dinobatkan sebagai ikon pelancongan, namun ianya masih kekal digunakan sebagai pusat ibadah umat Islam.

Masjid Biru Istanbul yang mempunyai 6 menara, berbanding kebiasaan masjid lain yang hanya mempunyai 4 menara
2. GRAND BAZAAR

Ini ialah pasar tertutup paling besar dan paling tua di muka bumi, yang terletak di Istanbul.

Dibina pada sekitar musim sejuk 1455/56, Grand Bazaar (Pasar Mega Turki) merupakan saksi utama kejayaan Uthmaniah menakluk Constantinople, apabila seusai Constantinople ditakluk, kekhalifahan Uthmaniyah dengan pantas membina Grand Bazaar sebagai pusat ekonomi rakyat.

Pasar yang mengandungi lebih 60 buah lorong berturap ini, terdiri dari lebih 4,000 buah kedai.

Dilaporkan, lokasi identik itu menerima sekitar 250,000 sehingga 400,000 pengunjung setiap hari, dan ini menjadikan Grand Bazaar sebagai lokasi paling ramai pengunjung di dunia pada tahun 2014.

Grand Bazaar di Istanbul
3. EGYPTIAN MARKET

Pasar Mesir, ataupun digelar sebagai Pasar Rempah di Istanbul ini merupakan antara pasar lain yang turut menjadi tumpuan.

Terletak di Eminönü dalam wilayah Fatih (Fatih district), pasar ini menawarkan variasi barangan yang jauh lebih murah berbanding Grand Bazaar.

Barangan dan khidmat yang ditawarkan di sini adalah sangat unik dan luar biasa, bahkan pengunjung bakal disapa oleh peniaga yang fasih berbahasa Melayu.

Apa khabar, barang murah-murah dan boleh diskaun…

Antara barangan yang unik dijual di sini termasuklah telur ikan beluga yang diawet (kaviar), kopi turki, safron bermutu tinggi serta produk manisan yang enak (Turkish Delight).

Pasar Rempah di Fateh yang jauh lebih murah berbanding Grand Bazaar

MAKANAN ENAK DI TURKI

Di Turki, makanan di sana amat bercirikan Mediterranean, yang menitikberatkan penggunaan buah tomato, produk lautan, buah zaiton serta rempah-rempah yang lembut dari segi rasa (mild).

Antara makanan popular di negara itu termasuklah: –

  1. Kofte

Kofte ialah makanan ruji Turki, yang terdiri dari bebola daging/kambing yang direbus dalam kuah pekat bertomato.

Sup atau stew bebola daging itu biasanya diberi sentuhan lembut rencah dan herba Mediterranean seperti minyak zaiton dara, thyme dan sebagainya.

Kofte iaitu hidangan bebeola daging yang direneh dalam sup/stew pekat yang padat dengan rasa penuh luarbiasa
2. Kokorec

Bunyi makanan ini agak mengerikan, dan mirip sebutan kepada lipas (cockroach).

Namun, kokorec merupakan hidangan kebanggan Turki, yang bahkan mempunyai sejarah yang sangat panjang melibatkan elemen Greek kuno, Albania dan Uthmaniyah.

Ianya merupakan hidangan luar biasa, di mana usus kambing/bebiri yang dirempahkan dengan campuran rempah turki dan eropah, kemudian dililit mengelilingi besi dan dipanggang di atas arang.

Kokorec yang merupakan usus kambing yang dililit mengelilingi besi, dipanggang di atas arang, seterusnya menghasilakan satu keajaiban gastronomi

PENGALAMAN KEMBARA DI TURKI

Turki semestinya menjanjikan pengalaman kembara dan gastronomi yang luar biasa, bahkan saat pengunjung berlalu pulang meninggalkan cradle of civilization ini, pasti jiwa mereka akan dijentik oleh memori indah bumi khalifah utu.

Show More

Related Articles

Back to top button