AntarabangsaEropahIsu Semasa

Islam Di Kosovo: Kebangkitan Islam Di Sebalik Jerat Hutang

Jika ada sebuah negara paling kental di dunia, Kosovo barangkali adalah negara itu.

Ini kerana, Kosovo merupakan satu daripada beberapa buah negara yang mengisytiharkan diri mereka sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka, sedangkan kemerdekaan dan kewujudan mereka tidak diiktiraf oleh pihak berpengaruh, termasuk Persatuan bangsa-Bangsa Bersatu sehinggalah pada tahun 2008.

Kosovo, yang terletak di antara Serbia dan Macedonia (dilorekkan dengan warna kuning cair)

Turut membuatkan mereka tampil mendahului carta sebagai negara paling cekal ialah dengan melihat kepada sejarah kemerdekaan yang meragut banyak nayawa, dalam perang bernama Perang Kosovo 1998.

Perang itu menyaksikan komuniti Islam negara itu menjadi mangsa konspirasi dan kelicikan beberapa pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

SEJARAH NEGARA KOSOVO

Pada tahun 1991, selepas USSR dan komunis antarabangsa runtuh, maka negara Yugoslavia yang merupakan proksi komunis telah dibubarkan.

Pembubaran itu memisahkan wilayah-wilayah di dalamnya sebagai negara bangsa yang bebas, dan ini termasuklah sebuah wilayah gabungan Serbia dan Montenegro bergelar Federal Republic of Yugoslavia (FRY) yang wujud pada tahun 1992.

FRY DAN PERANG KOSOVO 1998

Hakikat yang tidak dapat disangkal ialah, sebelum kewujudan FRY lagi Kosovo sudah sedia bergolak.

Kosovo, yang terletak di bahagian selatan negara Serbia, seringkali menyaksikan konflik di antara etnik Serbia-Kosovo yang memerintah dengan etnik Albania-Kosovo, yang rata-rata terdiri dari kalangan Muslim.

Antara foto yang memaparkan keadaan Kosovo semasa perang

Konflik yang berlansung semenjak tahun 1980-an itu – memetik kupasan akhbar Deutsche Welle dalam rencana berjudul “Start of the Kosovo War (1999)”  – dikupas seperti berikut: –

Semenjak 1980-an, wilayah selatan Serbia bernama Kosovo ini memang sentiasa bermasalah.

Masalah muncul akibat perseteruan di antara etnik Serbs dengan Albania.

Pada 1998, berlakulah pertempuran hebat melibatkan Kosovo Liberation Army (KLA yang merupakan pasukan paramilitari Albania) dengan pihak berkuasa Serbia.

Ratusan ribu warga Kosovo terpaksa melarikan diri dari konflik kemanusiaan itu…

Perang Kosovo merupakan kesinambungan kepada Perang Bosnia (1992-1995).

Kedua-dua peperangan ini menyaksikan aktor dan motif yang sama, iaitu: –

  1. Aktor utama: Slobodan Milošević, pengganas Kristian berbangsa Serbia yang anti-Islam
  2. Motif: Motif dan agenda Milosevic, menurut pihak Pendakwaraya di Mahkamah Jenayah Perang PBB, ialah untuk: –

Memusnahkan komuniti Muslim Bosnia, demi mencapai agenda jahat pihak penjenayah…[dengan menjadikan] pembunuhan besar-besaran sebagai satu wadah untuk menyingkirkan bangsa bukan-Serbia dari wilayah mereka (wilayah etnik Serbia termasuk Bosnia dan Kosovo).

Slobodan Milosevic, (atas kanan) dalam poster yang menawarkan bounty untuk beliau kerana jenayah perang yang dilakukan
Milosevic bersama Presiden AS Bill Clinton semasa musim Perang Kosovo 1998

KOSOVO MASA KINI

Selepas konflik peperangan pada 1998, Kosovo diserahkan di bawah mandat dan pemerhatian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sepanjang tempoh tersebut, FRY Yugoslavia berpecah secara rasmi kepada dua negara iaitu Serbia dan Montenegro, dan Serbia bertegas bahawa Kosovo merupakan wilayah takluk mereka.

Namun, di bawah mandat PBB, Kosovo akhirnya berjaya memerdekakan diri dari Serbia pada tahun 2008.

ISLAM DI KOSOVO PASCA PERANG

Kini di Kosovo, lebih 96% daripada keseluruhan penduduknya adalah warga Muslim.

Namun, mereka menyaksikan pertembungan dua peradaban yang dirumitkan oleh faktor sejarah gelap peperangan; iaitu pertembungan di antara gerakan kebangkitan Islam dengan anasir-anasir pro-Barat, terutamanya Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana, sepanjang berada di bawah mandat PBB, AS – di samping Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) – merupakan antara pihak yang paling banyak memberi pinjaman kepada Kosovo untuk program pembangunan.

AS juga dilihat sebagai wira oleh sebilangan warga Kosovo – kerana negara itu dilihat tampil sebagai penyelamat yang membawa Kosovo keluar dari kancah perang.

Avdullah Hoti, Menteri Kewangan Kosovo yang menggesa penilaian semula hutang Kosovo oleh pihak IMF

Kesannya, pada masa kini, bar dan disko dimiliki pelabur Barat terutama AS banyak ditempatkan di pusat bandar terutama Pristina, bahkan ada antaranya yang diletakkan sebaris dengan masjid dan pusat agama Islam.

Kosovo juga masih merangkak bagi membayar hutang itu, dan hanya masa yang dapat menetukan kemandirian dan kebebasan mereka dari cengkaman kuasa neo-kolonialis.

Mural bendera AS yang dicoretkan di dinding bangunan di sekitar Kosovo

KEBANGKITAN ISLAM

Walaupun pemerintah dilihat terpaksa tunduk kepada pihak barat terutama AS, namun keagungan Islam nampaknya berjaya menjentik sanubari rakyat Kosovo.

Ini dapat dilihat melalui beberapa senario, antaranya termasuklah peningkatan bilangan masjid daripada cuma 200 buah pada 1999 kepada lebih dari 800 buah pada 2016.

Selain itu juga, manifestasi lain kepada gerakan kesedaran Islam dari kalangan rakyat termasuklah fenomena di jalanan terutama di bandar besar seperti Pristina, apabila semakin ramai warga Muslimah yang menyarungkan hijab bagi menjaga kesucian Islam (aurat).

Muslim Kosovo masa kini yang semakin menitikberatkan pemakaian hijab, sekalipun dari kalangan belia moden

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker