Teknologi

PlayStation 5 Tidak Hadir Sehingga 2021

PlayStation 5 mungkin hadir dalam tempoh 3 tahun lagi sekaligus akan menandakan era-baru dalam dunia permainan video apabila tiba masa kelak.

“Kami akan gunakan 3 tahun yang akan datang untuk membuat persiapan untuk langkah seterusnya,” jelas John Kodera, Ketua Bahagian Sony PlayStation dalam satu sidang media berkaitan pengganti PlayStation 5.

Walaupun dengan jualan PlayStation 4 yang mencecah 75 juta unit seluruh dunia sehingga kini, penjualan konsol permainan ini akhirnya semakin perlahan. Namun ia tidak akan menjadi penyebab untuk Sony menghasilkan konsol terbaru.

Sebaliknya, Sony merancang untuk memfokuskan keuntungan mereka melalui servis seperti PlayStation Plus. “Kita bukan lagi dalam situasi di mana kita hanya fikir tentang konsol atau network (rangkaian) seperti ia adalah 2 perkara yang berlainan,” kata Kodera.

Servis untuk PlayStationPlus adalah AS$60 (RM240) setahun dan Sony sudah mempunyai lebih 30 juta pelanggan. Ia menawarkan akses kepada permainan online-multiplayer, senarai tajuk permainan video yang banyak dan lain-lain faedah.

Satu lagi sebab mengapa Sony tidak perlu memfokuskan untuk konsol baru adalah kehadiran PlayStation 4 Pro (PS4Pro).

Pada November 2016, Sony melancarkan PlayStation 4 dengan versi dan kemas kini yang lebih hebat melalui PS4Pro. Ia mampu memainkan permainan yang sama, tetapi PS4Pro menghasilkan imej yang lebih berkualiti serta sistem lebih laju dan lancar.

Versi terbaru ini memberikan lebih kuasa di mana ia memiliki storan setinggi 1 TB dan mampu memaparkan imej 4K.

Dengan hampir 7 bilion orang yang tidak memilik PS4 lagi, Sony sudah pun memiliki kelompok besar peminat konsol tersebut dan ia masih relevan untuk mengaut keuntungan lagi.

Dengan penjualan konsol, PSPlus, serta aksesori, Sony mampu menjana keuntungan yang tinggi disamping menarik pengguna baru sementara menghasilkan PlayStation 5 dengan lebih canggih dan berbeza.

Show More

Related Articles

Back to top button