AntarabangsaEropah

Islamophobia Di Serbia: Media Dan Pihak Majoriti Dalam Gerakan Memburukkan Islam

Serbia merupakan sebuah negara Balkan yang terletak di antara Romania, Hungary dan Croatia di utara, serta Albania dan Montenegro di selatan.

Lokasi strategik di tengah Balkan itu (central Balkan) membentuk struktur sosial, ekonomi dan geopolitik yang strategik dan mempunyai unsur pan-Eropah yang kuat.

Namun meskipun bercirikan Eropah, hakikatnya ialah di Serbia ini berdiamnya sekolompok Muslim yang cekal dan bersederhana, yang hidup sebagai minoriti di sana.

Mengapa mereka dianggap cekal?

Kerana sejarah komuniti itu yang seringkali ditekan oleh pihak kerajaan mereka, dalam beberapa peristiwa hitam yang memilukan.

Serbia (dilorekkan warna oren) dikelilingi oleh negara Balkan yang lain

ISLAM DI SERBIA – TEKANAN DEMI TEKANAN

Sebagai komuniti kecil yang berjumlah cuma sekitar 228,658 dari keseluruhan populasi Serbia iaitu 7,040,272 (3.1%), Islam merupakan agama ketiga terbesar di sana selepas Kristian Ortodoks dan Katolik.

Mereka terdiri dari beberapa kumpulan etnik yang berbeza, termasuklah: –

  • Muslim Bosnia, kebanyakan menetap di Sandžak.
  • Muslim albania, kebanyakan menetap di Preševo Valley.
  • Muslim Romania.
  • Gorani iaitu etnik Slavic.
  • Peribumi Serbia.

Keadaan sebagai minoriti itu menjadikan mereka mangsa yang bukan sahaja mudah diperlekehkan, malah dijadikan sebagai bahan untuk menyebarkan fahaman Islamophobia.

Muslimah Bosnia di Serbia

MEDIA SERBIA MEMBURUKKAN ISLAM: “SHIPTARS” SEBAGAI BAHAN KEMPEN ISLAMOPHOBIA

Istilah Shiptars ialah istilah atau slanga warga Serbia sebagai merujuk kepada kaum muslim terutama dari kumpulan Albania.

Warga Serbia bukan Islam, seringkali menjadikan Shiptars sebagai sasaran kempen anti-Islam mereka, bertujuan bagi memburukkan imej Islam.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui pendedahan oleh Enes Bayrakli dan Farid Hafez dalam laporan berjudul “European Islamophobia Report 2016”.

Di dalamnya, ada diulas bahawa: –

Bukan lagi satu rahsia bahawa media (di Serbia) memainkan peranan menyebarkan fahaman Islamophobia.

Kempen ini digerakkan oleh akhbar tabloid dan lama-laman web pihak tertentu.

Keadaan ini adalah sesuatu yang merunsingkan…

Susulan itu, pada 17 Oktober 2016, Bosniak National Council (wakil Muslim dari kalangan Bosnia di Serbia) telah mengadakan mesyuarat dan mengutarakan beberapa langkah bagi mengekang diskriminasi tersebut.

Dalam Perkara 10 minit mesyuarat itu, Majlis itu memperincikan bahawa: –

Pihak media Serbia yang tersohor di persada nasional seringkali mengejek kaum Muslim/Bosniak dengan terma jahat, termasuk mengaitkan mereka dengan jenayah, ekstremisme dan keganasan.

Lebih memeranjatkan, pihak media Serbia juga dengan persisten telah mensabitkan Muslim/Bosniak dengan kegiatan jenayah berat di Asia Barat dan Afrika Utara (tanpa ada sebarang bukti).

MASJID DIROBOHKAN

Tidak sekadar dikeji oleh media pihak tertentu, warga Muslim di Serbia juga turut ditindas secara fizikal, atau sekurang-kurangnya melalui tindakan keras pihak berkuasa yang merobohkan masjid mereka di Belgrade, ibu negara Serbia.

Pada penghujung tahun 2017, memetik Reuters, “pihak berkuasa (Serbia) telah merobohkan masjid di daerah Zemun Polje pada malam bulan Ramadhan (tahun itu).”

Warga Muslim telah melakukan piket bagi menghalang tindakan itu, namun pihak berkuasa dengan bijak telah menghalang demonstrasi dengan menghantar jentolak yang diiringi pasukan polis pada waktu malam.

Warga Muslim di Serbia juga mendedahkan kepada Reuters bahawa pihak berkuasa Belgrade seringkali menolak sebarang permohonan bagi pembinaan masjid, dan ianya mencetuskan keraguan dalam melihat sikap biadap pihak berkuasa dalam melayani kumpulan minoriti.

Masjid yang dirobohkan di Belgrade, Serbia pada 2017

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker